[4 FOTO] Remaja 17 Maut Di TETAK Lelaki Yang Sedang Bertengkar Dengan Bekas Isteri !!!

loading...
[4 FOTO] Remaja 17 Maut Di TETAK Lelaki Yang Sedang Bertengkar Dengan Bekas Isteri !!! | Kota Kinabalu: Remaja lelaki maut, tiga parah selepas dipercayai diserang dua lelaki tidak dikenali berhampiran pusat hiburan diJalan Coastal, Kota Kinabalu, hari ini. Dalam kejadian 4.15 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Yacoob Nasran, 17, ditemui terbaring dengan dua kesan tetakan di dahi dan lehernya di lokasi berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra berkata, ketika kejadian mangsa bersama tujuh rakannya yang berusia antara 18 hingga 20-an dikatakan baru sahaja keluar dari pintu pusat hiburan berkenaan.
“Sebaik sahaja kumpulan remaja itu keluar, mereka terserempak seorang lelaki yang sedang bertengkar dengan bekas isterinya di perkarangan kaki lima bangunan terbabit. “Siasatan awal kemudiannya mendapati suspek yang berusia 26 tahun tiba-tiba naik berang lalu menyerang kumpulan remaja itu, bersama seorang sepupu lelakinya.
“Tidak cukup dengan itu, suspek turut mencapai sebilah parang lalu menghayunnya ke arah kumpulan remaja berkenaan dan seorang mangsa kemudiannya terkena dua libasan di bahagian dahi serta leher sehingga menyebabkannya mati di tempat kejadian, ” katanya.
Beliau berkata, mayat mangsa sudah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk dibedah siasat manakala tiga rakannya yang parah kini dilaporkan stabil sebaik menerima rawatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Smber:-Info Roadblock Jpj/polis
loading...

0 Response to "[4 FOTO] Remaja 17 Maut Di TETAK Lelaki Yang Sedang Bertengkar Dengan Bekas Isteri !!!"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close