loading...
Gambar hiasan
Kisah Seram ini merupakan kisah benar yang dialami oleh beliau sendiri. Selepas tamat pengajian saya di Matrikulasi, saya berkerja sambilan di salah sebuah hotel di Cherating, Pahang sementara menunggu panggilan untuk menyambung pengajian di Universiti tempatan.. Saya bekerja sebagai F & B dan ditugaskan bekerja di restoran yang berdekatan dengan pantai.. Saya bekerja di shif pagi.. Dan apa yang membuatkan saya berasa sangat pelik, kebanyakkan pekerja di sini tidak mahu bekerja di shif malam (overnite). Bagi saya bekerja pada waktu malam sangat rileks dan tidak memenatkan.. Walaupun hanya seorang sahaja bekerja di shif malam.. (Department yang lain juga sama, hanya seorang bertugas)
Jadi dipendekkan cerita, semasa bos saya ingin menyusun jadual staf, saya telah meminta kepada bos saya untuk bekerja di shif malam memandangkan tiada sesiapa yang ingin bekerja di shif tersebut. Setelah seminggu saya bekerja di shif ini, tiada apa-apa yang berlaku sehinggalah kisah seram saya bermula pada suatu malam, sewaktu saya sibuk mengemas.. Saya menerima panggilan dari pelanggan (Room service). Waktu tu dalam pukul 4 pagi, saya hairan.. Masih ada yg belum tidur.. Dari skrin telefon, tertera nombor bilik bagi memudahkan pekerja menghantar pesanan.. Saya pun menjawab panggilan tersebut dan kedengaran suara perempuan.. Suaranya agak lemah.
Dia memesan burger dan segelas jus oren.. Tanpa berlengah saya memberi pesanan tersebut kepada kawan saya yang bekerja di bahagian dapur.. Setelah siap, saya menghantar pesanan tersebut.. Saya masih baru dan tidak hafal kedudukan bilik di hotel ini, setelah puas mencari, saya sampai di bilik tersebut.. Saya hairan mengapa pelanggan hotel ni menginap di bilik yg agak jauh dari bilik² yang lain.. Saya menekan loceng bilik beberapa kali, tetapi seperti tiada orang di dalam bilik tersebut..
Selepas beberapa kali saya cuba memanggil, saya mengambil keputusan pergi semula ke bahagian reception untuk meminta bantuan kawan saya menelefon nombor bilik tersebut.. Setelah memberitahu nombor bilik, kawan saya agak terkejut kerana berdasarkan rekod, tiada sesiapa yang menginap di bilik hotel tersebut pada malam itu.. Saya semak semula resit dan memang tertera nombor bilik hotel tersebut.. Tidak mungkin kesilapan sistem.. Muka kawan saya agak pucat dan menyuruh saya kembali ke restoran dan melupakan hal tersebut..
Pada keesokkan harinya, kawan saya yang bekerja di bahagian reception pada malam itu memberitahu kepada saya bahawa bilik tersebut memang agak sedikit ‘keras‘ dan itulah sebab mengapa staf di sini tidak suka bekerja di shif malam.. Dia memberitahu saya yang sebelum ini ada seorang perempuan telah membunuh diri di bilik tersebut dengan menjerut lehernya menggunakan kabel telefon dan perkara ini tidak dihebohkan bagi menjaga nama baik hotel tersebut.. Sejak dari kejadian itu, staf yang bekerja di shif malam sering diganggu dengan panggilan aneh dan misteri dari bilik hotel tersebut…
Kawan² saya sengaja tidak menceritakan hal tersebut kepada saya kerana risau saya akan takut bekerja di situ.. Alhamdulillah sepanjang 2 bulan saya bekerja di situ, hanya sekali itu sahaja saya diganggu.. Suara perempuan itu masih saya ingat sampai sekarang.. Dan untuk pengetahuan anda semua, bilik hotel itu bernombor “202″.
sumber

0 Response to "Misteri Bilik Hotel 202 Cherating Yang Pasti Membuatkan Korang Tidak Berani Tidur Malam..."
Post a Comment