Syria Semakin TEGANG !!! Bimbang Di Tawan, Gadis Di Aleppo Nekad BUNUH DIRI Beramai-ramai !!!

loading...

Syria Semakin TEGANG !!! Bimbang Di Tawan, Gadis Di Aleppo Nekad BUNUH DIRI Beramai-ramai !!!

Syria Semakin TEGANG !!! Bimbang Di Tawan, Gadis Di Aleppo Nekad BUNUH DIRI Beramai-ramai !!!

Syria Semakin TEGANG !!! Bimbang Di Tawan, Gadis Di Aleppo Nekad BUNUH DIRI Beramai-ramai !!!


Beirut: Ketika tentera kerajaan Syria pimpinan Presiden Bashar Assad yang mendapat sokongan Russia dan Iran semakin pasti menguasai Aleppo, penduduk bandar raya itu semakin tertekan dengan wanita bimbang menjadi mangsa rogol manakala yang lain bimbang dituduh penyokong pemberontak.


Abdullah Othman, ketua kumpulan pemberontak Majlis Muafakat mendakwa 20 wanita membunuh diri semalam, kerana bimbang menjadi mangsa rogol tentera Syria berikutan gencatan senjata anjuran Russia dan Turki bagi membolehkan ribuan penduduk keluar dari Aleppo, gagal.
Pertempuran sengit tercetus kembali pagi semalam, tentera kerajaan mendakwa pemberontak melepaskan tembakan meriam yang dibalas dengan serangan udara. Kira-kira 15,000 orang, termasuk ratusan yang sakit dan cedera menunggu dipindahkan
Dakwaan wanita membunuh diri itu tidak dapat disahkan namun seorang jururawat dikatakan menulis nota bersumpah sanggup membunuh diri ‘kerana tidak mahu memberi peluang kepada tentera regim Bashar merogol saya.”
Ramai penduduk yang masih berada di kawasan masih dikuasai kumpulan penentang Bashar ketakutan, membakar barangan peribadi termasuk gambar keluarga, bimbang ditangkap dan dibunuh.
“Ada orang berkata tentera Syria mempunyai senarai anggota keluarga pejuang dan menyoal sama ada anak mereka menyertai kumpulan penentang. Mereka kemudian akan ditembak,” kata Abu Malek al-Shamali di Seif al-Dawla, antara daerah terakhir yang masih dikuasai penentang
Menurutnya, keadaan di situ amat teruk dengan mayat bergelimpangan. “Banyak mayat terbiar begitu sahaja. Tidak ada orang yang hendak mengebumikannya,” katanya. Beliau membuat kenyataan itu selepas tenteranya disokong kumpulan bersenjata hampir menguasai Aleppo sepenuhnya.
Dengan menguasai Aleppo, Bashar membuktikan kekuatan perikatan tenteranya yang dibantu tentera udara Russia dan pejuang dari dari beberapa kumpulan Syiah di rantau itu.
Kumpulan penentang mendapat sokongan Amerika Syarikat, Turki dan negara Teluk namun tidak mencukupi bagi menghadapi tentera Bashar yang menerima bantuan secara langsung daripada Russia dan Iran.
Tidak dapat dipastikan punca kegagalan gencatan senjata dengan Russia mendakwa pemberontak meneruskan serangan dan tentera Bashar membalas. Pemberontak pula menuduh Iran menjadi punca dengan memasukkan syarat baru. Sumber:-HarianMetro
loading...

0 Response to "Syria Semakin TEGANG !!! Bimbang Di Tawan, Gadis Di Aleppo Nekad BUNUH DIRI Beramai-ramai !!!"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close