(Video) Status OKU Bukan Alasan, Sanggup Berguling Semata-Mata Hendak Solat Berjemaah Di Masjid

loading...

Semalam admin kongsikan kisah pekerja warga asing yang sanggup ke Masjid menunaikan solat jumaat dengan mengambil cuti 2 jam di mana mereka dipotong sebanyak RM5 sejam dan berjalan sejauh 2 kilometer untuk menunaikan solat Jumaat.

(Video) Status OKU Bukan Alasan, Sanggup Berguling Semata-Mata Hendak Solat Berjemaah Di Masjid
(Video) Status OKU Bukan Alasan, Sanggup Berguling Semata-Mata Hendak Solat Berjemaah Di Masjid

Hari ini terjumpa pula kisah insan hebat diceritakan oleh Ustaz Rosli Che Soh yang terjadi pada bulan Ramadhan lalu, kisah seorang lelaki OKU dari Pattani yang datang ke Masjid Muhammadi Kota Bharu semata-mata ingin menunaikan solat secara berjemaah di Masjid beramai-ramai.


Apa yang menarik, lelaki OKU ini terpaksa berguling untuk bergerak, namun itu bukan alasan untuk beliau mengatakan 'tidak' untuk ke Masjid bersolat bersama jemaah lain.
Jom kita baca.
Ustaz Zulkifli, Imam Rawatib Masjid Muhammadi Kota Bharu sudah takbir solat Maghrib. Ambo berjalan dari tempat berbuka puasa. Hari tidak bertugas mengimami solat, ingin bersolat di belakang.
Melihat pelbagai ragam ahli jemaah. Ada yang bergaduh lorat untuk mendapatkan takbiratul ula. Ada yang rilex, santai aje.
Ambo melihat insan istimewa ini. Pemilik nama " Raqib " dari Binjai Lima, Pattani. Beliau berguling memasuki masjid. Lantas memasuki saf salat. Takbiratul ihram. Ambo bersolat di sebelah beliau. Terasa kelam sebentar. Mata terlirik kepada Raqib. Ya Allah...dia bersolat sekuasanya..
Allah memberi hidayat kepada sesiapa yang dikehendakinya. Raqib belajar pondok di negerinya. Datang ke Masjid Muhammadi Kota Bharu lantaran pondok di sana cuti.
" Bagaimana Raqib menulis ? " tanya ambo.
" Kita menulis kena tidur terlentang...kita tak boleh dok menyatok...." jelas Raqib .
Beliau menjelaskan bahawa untuk makan, beliau juga kena makan sambil tidur terlentang.
Ambo terharu... Orang sempurna masih ramai lagi tidak hadir solat berjemaah di bulan Ramadan ini. Tidak seperti Raqib ini...
loading...

0 Response to "(Video) Status OKU Bukan Alasan, Sanggup Berguling Semata-Mata Hendak Solat Berjemaah Di Masjid"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close