BONGKAR KISAH GURU KETERLALUAN HABIS KEBIRUAN DI KERJAKANNYA

loading...
Pasir Gudang: “Jika mahu mendidik, saya tidak kisah, tapi bukan melakukan anak saya seperti penjenayah dengan merotannya sekuat tenaga hingga kesan lebam di punggung tidak hilang selama seminggu.
“Akibat perbuatan itu, anak saya terpaksa menanggung kesakitan,” kata seorang ibu tunggal, Aslindah Md Sahat@Atan, 45, berikutan kejadian dua guru disiplin merotan anaknya, pada 22 Mac lalu.
Aslindah berkata, hukuman rotan yang dilaksanakan dua guru berkenaan atas kesalahan ponteng sekolah bagaimanapun mengundang kemudaratan hingga mengakibatkan anaknya terpaksa mendapat rawatan di bahagian pesakit luar Hospital Sultan Ismail (HSI).
Menurutnya, kesan lebam seperti jalur merah pada bahagian punggung anak lelakinya, Muhammad Aidel Man,15, disedarinya kira-kira 7.30 petang ketika remaja berkenaan berada di kediaman keluarga di Blok A, Taman Desa Rakyat, di sini.
Selepas ditanya, Muhammad Aidel memberitahu kesan lebam itu selepas dirotan dua guru disiplin lelaki yang merotannya kira-kira jam 5 petang pada 22 Mac lalu di bilik disiplin di sekolah kerana kesalahan ponteng.
“Muhammad Aidel memberitahu dia dirotan enam kali oleh dua guru disiplin terbabit,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Pendidikan Negeri Johor, Aminudin Adam berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.
Bagaimanapun, katanya buat masa ini pihaknya belum menerima sebarang laporan daripada keluarga remaja terbabit.
loading...

0 Response to "BONGKAR KISAH GURU KETERLALUAN HABIS KEBIRUAN DI KERJAKANNYA"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close