loading...
Lahir di Kapal Terbang, Bayi Dapat Penerbangan Percuma Seumur Hidup
Syarikat yang memberi tumpangan percuma pada orang-orang yang lahir dipesawat antara lain Thai Airways, Asia Pacific Airlines, AirAsia dan PolarAirlines
Ya, Shaona lahir di atas pesawat yang sedang terbang dengan ketinggiankira-kira 36,000 kaki di udara. Sehingga pegawai imigresen mengeluarkanpasport yang berbunyi "pemegang lahir di sebuah pesawat".
Pada tahun 1990, sang ibu, Shaona Debbie Owen yang sedang dalamkeadaan hamil besar melakukan penerbangan bersama kakak Shaona, Claireyang masih berusia empat tahun. Saat itu ia menempuh perjalanan daritempatnya bekerja di Ghana ke London dengan penerbangan British Airways.
Tiba-tiba ia pindah ke kelas utama, dan mendatangi para awak pesawat. Kelas pertama dibebaskan daripada penumpang dan terdengar sebuahpengumuman bagi siapa saja yang mempunyai latihan perubatan dimintamaju ke depan.
Beruntung sekali kerana pada saat itu ada Wim Bakker, seorang doktor Belanda yang kemudian membantu ibunya melahirkan di atas pesawat. Saat itu, Debbie juga merasa sangat ketakutan apabila ditinggal bersama bayi dan Claire, atau kemungkinan pesawat terpaksa mendarat di Afrika. Maka Debbie cuba mati-matian agar tetap bertahan sehingga pesawat tiba di Eropah.
Shaona menganggap peristiwa kelahirannya sebagai hal yang cukup jarang dan menarik untuk diteliti. Hingga kemudian, ia memutuskan untuk menjadikan perkara itu sebagai bahan kajian ketika akan menyelesaikan gelar masternya. Ia pun memutuskan untuk meneliti perkara tersebut selama enam bulan, untuk dapat mencari kes-kes serupa.
"Itu benar-benar menarik membaca cerita-cerita dan bercakap kepada orang lain yang dilahirkan di pesawat," ungkap Shaona.
Kebanyakan syarikat penerbangan tidak menyimpan rekod kelahiran di pesawat. Sehingga sangat sulit mengumpul data statistik mengenai kejadian ini. Tapi para operator penerbangan mempunyai peraturan untuk penumpang yang sedang hamil.
Walaupun berbeza-beza, tetapi majoriti hanya membenarkan penerbanganuntuk batas kehamilan di usia 28-36 minggu. Sebuah surat keterangan izinpenerbangan akan dikeluarkan dari doktor atau bidan yang memeriksakandungan ibu hamil tersebut. Namun demikian, hal ini masih saja terjadi diluar kawalan.
Salah satu masalah yang timbul dalam kes bayi yang lahir di udara adalahkewarganegaraan. Undang-undang kewarganegaraan berbeza bergantungpada negara. Sebagai contoh, di UK, kewarganegaraan tidak secaraautomatik diberikan kepada orang-orang yang dilahirkan di United.
Di Amerika Syarikat, walaupun seorang anak yang lahir di perairan negaraatau wilayah udara adalah warga dengan kelahiran sesuai dengan prinsip 'jus soli'. Anak tersebut akan mendapat kewarganegaraan sesuai dengan wilayahdi mana ia dilahirkan.
Walaupun sebahagian isu menyebutkan ia akan mendapat penerbanganpercuma seumur hidup. Ternyata memang ada sebahagian pesawat yangdiketahui telah menguatkuasakan peraturan ini.
Pesawat yang memberi tumpangan percuma pada orang-orang yang lahir dipesawat antara lain syarikat penerbangan Thai Airways, Asia Pacific Airlines, AirAsia dan Polar Airlines. Sedangkan untuk Virgin Atlantic hanyamemberikan satu penerbangan percuma bayi sehingga yang bersangkutanberusia 21.
Sementara itu, Shaona telah menerima dua kali penerbangan percumasemasa ke Australia, iaitu pada ulang tahun ke-18, ketika melawat neneknya. Tapi ia juga berpendapat bahawa seharusnya sang ibu lebih berhakmenikmati tumpangan percuma kerana telah melewati bahaya dan meregangnyawa.
loading...
0 Response to "Lahir di Kapal Terbang, Bayi Dapat Penerbangan Percuma Seumur Hidup"
Post a Comment