loading...
SEKELIP MATA PUTIH MACAM KU PUTIH, PENGANTIN BARU PUN BOLEH BUAT GOSOK-GOSOK MESRA.
Kuali yang kita pakai seharian sudah pasti akan menjadi hitam di bahagian belakangnya kerana nyalaan api yang tidak sempurna iaitu api bewarna kuning menghasilkan jelaga menyebabkan ia melekat di belakang kuali.
Ada yang suka belakang kuali bewarna hitam dan ada yang tidak suka, admin pernah terdengar sembang-sembang orang-orang tua zaman dulu yang mereka suka belakang kuali hitam, tapi kenapa mereka suka belakang kuali hitam berjelaga?
Rupanya, apabila belakang kuali hitam, ia lebih cepat meresap haba api yang membakar menyebabkan kuali lebih panas berbanding kuali yang tidak berjelaga.
Apapun, kami kongsikan sini bagi mereka yang hendak membuang kerak-kerak jelaga hitam di belakang kuali berkenaan dengan mudah dan berkesan.
Tips ini dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Kalaivani Vj, jom kita baca cara-caranya.
Cara basuh belakang kuali.
1. Rebus 8 asam keping di dalam periuk yang besar (supaya senang nk rendam kuali atau periuk)
2. Didihkan air asam keping tersebut sehingga mendidih.
3. Masukkan kuali atau periuk di dalam air asam tersebut selama 4-5 minit.
4. Angkat kuali atau periuk, sejukkan seketika kemudian sental mengunakan sabun.
5. Ketika sental kurangkan menggunakan air.
Selamat mencuba!
loading...
0 Response to "Cara Mudah Bersihkan Belakang(BUMPER) Kuali yang Hitam Berkerak Menjadi Seperti Baru "
Post a Comment