Kamar tidur merupakan sebuah ruang personal yang berfungsi sebagai ruang rehat selepaas seharian penat bekerja ataupun belajar. Ruang ini seharusnya di tata hias dengan indah bertepatan dengan fungsi, keselesaan dan keinginan peribadi penghuninya.Kali ini web Impiana kongsikan 5 tip bagi mewujudkan konsep moden dalam bilik kamar anda. Moga tip ini dapat membantu anda yang meninati konsep moden ini.

1.Pilih perabot yang berbentuk moden, berpetak dan tidak terlalu sarat dengan perincian seperti katil yang berbentuk klasik yang boleh memakan ruang
2. Tidak perlu meletakkan meja sisi kiri kanan katil seperti kebiasaan. Letakkan satu sahaja meja sisi dan lagi sebelah letak lampu lantai atau kerusi baca
3.Jika ruang bilik anda bersegi empat tidak sama sisi atau dinding yang panjang,cuba gunakan untuk membina (built-in) seperti almari pakaian atau meja solek. Ini memberikan lebih ruang penstoran.
4.Gunakan segala ruang yang ada seperti ruang bawah katil sebagai tempat penstoran (built-in) atau kotak simpanan yang bertanda supaya mudah untuk mencari dan menyimpan.
5.Buangkan segala perabot atau barangan dekorasi yang tidak membantu memberikan anda sebuah ruang yang nampak kemas dan teratur.