HELANG MERAH CUBA MENCABUT BULUNYA SENDIRI TETAPI IA DAPAT DI HALANG OLEH SESEORANG

loading...
Penyerang Sabah, Maxsius Musa dikawal ketat dua pemain pertahanan Kedah pada saingan suku akhir Piala FA di Stadium Likas Jumaat malam. Kedah mendahului Sabah 1-0 pada separuh masa pertama.
"KESILAPAN sama berulang," itu antara rumusan yang dibuat Ketua Jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe selepas menyaksikan anak didiknya menang 2-1 ke atas Sabah dalam perlawanan suku akhir Piala FA di Stadium Likas, Jumaat.
Menurutnya, kesilapan sama yang berulang dalam perlawanan itu ialah kelekaan pemain Kedah pada minit akhir permainan yang memberi lawan gol.
Jelasnya, walaupun berjaya mengatasi 2-0 dalam tempoh 90 minit permainan, namun Sabah berjaya menjaringkan gol tunggal pada minit ke-94.
"Apa yang mengecewakan saya ialah kesilapan seperti dalam perlawanan sebelum ini berulang, kita beri peluang kepada Sabah untuk jaringkan gol.
"Kita berusaha sepanjang permainan, tetapi kelekaan di akhir permainan menghukum dengan gol, ini merugikan kita," katanya kepada mStar Online.
Cheng Hoe bagaimanapun berpuas hati dengan aksi pemain skuad Helang Merah yang berjaya mendapatkan bekalan di tempat lawan.
Dua jaringan tempat lawan bakal memberikan tekanan kepada Sabah untuk beraksi di Stadium Darul Aman selepas ini.
"Saya harap pemain akan jadikan kesilapan ini sebagai iktibar dalam perlawanan akan datang.
"Kami akan perbaiki kelemahan yang ada dalam sesi latihan akan datang sebelum menempuh perlawanan seterusnya.
"Kita akan berusaha menjadi yang terbaik dari semasa ke semasa bagi memastikan kejayaan dapat dicapai dengan menyaingi lawan lain yang turut hebat dalam saingan Liga M," ujarnya
loading...

0 Response to "HELANG MERAH CUBA MENCABUT BULUNYA SENDIRI TETAPI IA DAPAT DI HALANG OLEH SESEORANG"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close