Inilah Senarai Artis Malaysia Yang Meninggal Dunia Waktu Muda Yang Ramai TAK PERASAN !!!

loading...
Inilah Senarai Artis Malaysia Yang Meninggal Dunia Waktu Muda Yang Ramai TAK PERASAN !!! | Mungkin ramai yang tak perasan yang sebenarnya ramai artis/celebrity Malaysia yg meninggal di usia muda. Ini adalah senarai nama2 mereka dan jangan lupa sertakan alfatihah untuk mereka.
1
Acik Spin
Dua minggu selepas kehilangan Din Beramboi, Acik Spin (Abdillah Murad Md Shari) pula terlibat dalam satu kejadian kemalangan jalanraya di KM 14 Lebuhraya Kajang Seremban, dengan kereta Toyota Estima yang dipandu oleh sahabatnya terbabas. Allahyarham meninggal dalam usia 28 tahun pada 17 April 2010.
2
Din Beramboi
Pelawak dan DJ radio popular Din Beramboi (Mior Ahmad Fuad Mior Badri) meninggal dunia pada usia 44 tahun kerana mengidap demamDenggiberdarah, di Hospital Selayang, Kuala Lumpur pada 2 April 2010. Pemergian Allahyarham disaksikan oleh ahli keluarga serta tiga orang rakan artis iaitu Azwan Ali, Zul Yahya dan Ifa Raziah.
3
Yus Jambu
Yus Raja Lawak (15 Mac 1976-30 November 2015) atau nama sebenarnya Yussry Bin Edoo atau lebih mesra dengan panggilan Pak Yus, ialah seorang pelawak, pelakon, penyanyi dan penghibur yang serba boleh di Malaysia. Kerjaya seni beliau bermula bila menyertai Sinaran Pasport Kegemilangan pada tahun 2001 anjuran sebuah televisyen tempatan. Tetapi nasib beliau kurang baik apabila tidak berjaya dalam program tersebut. Namun beliau tidak berputus asa. Pada tahun 2007 beliau mencuba nasib sekali lagi, kali ini di program Raja Lawak Astro yang pertama kali diadakan. Percubaan beliau nampaknya tidak sia-sia apabila beliau diumumkan sebagai Juara program tersebut pada 11 Mac 2007.
Pada tanggal 30 November 2015, pemergian Yus sangat mengejutkan rakyat Malaysia. Beliau sempat memberikan persembahan di Dataran Merdeka sebelum diumumkan pemergiannya oleh Tauke (Raja Lawak) di akaun Instagramnya. Yus dikatakan mengalami sesak nafas dan meninggal di Hospital Selayang pada pukul 12.30 pagi. Ramai artis yang hadir di hospital berikut sehingga berita kematian Yus diumumkan.
4
Faizal Yusof
Al Fatihah kepada bekas suami Siti Nordiana, Faizal Yusof yang telah disahkan meninggal dunia. Punca kematian dikatakan daripada sakit jantung. Allahyarham meninggal di Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur kira-kira jam 2.30 petang tadi. Jenazah Allahyarham akan dikebumikan jam 10 pagi (2 Januari 2011). Semoga segalanya dipermudahkan. Al-Fatihah.
5
Yanie Mentor
Yanie Mentor (Siti Suriane Julkarim) meninggal dunia kerana penyakit ketumbuhan pada paru-paru pada 21 Mac 2010. Allahyarhamah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Keningau, Sabah.
6
Ariff Johan
Al Fatihah… Bekas Suami Atilia Meninggal Dunia Kerana Barah. Ariff Johan meninggal dunia pada usia 42 tahun akibat penyakit kanser hati. Kematian Ariff Johan telah disahkan sendiri oleh penyanyi evergreen, Salamiah Hassan yang juga adalah bekas ibu mertuanya.
7
loading...

0 Response to "Inilah Senarai Artis Malaysia Yang Meninggal Dunia Waktu Muda Yang Ramai TAK PERASAN !!!"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close