loading...
Suku Toraja di Indonesia, dikatakan memiliki sifat obses terhadap kematian. Namun, ia bukanlah membawa maksud perlakuan tragis.
Akan tetapi, ia mengenai sebuah jamuan besar selepas berlakunya kematian kerana suku Toraja percaya, semasa hidup mereka perlu mempunyai harta yang banyak untuk dijadikan bekalan selepas mati.
Sebabnya, harta tersebut membolehkan keluarga mengadakan pesta besar-besaran selepas berlaku kematian kelak.
Dan upacara ini dinamakan sebagai Rambu Solo.
Bagaimanapun, situasi berbeza berlaku kepada orang mati yang tidak berharta.
Mayat akan disimpan dalam rumah selama beberapa tahun dan ahli keluarga perlu mengumpulkan wang bagi mengadakan upacara Rambu Solo bagi menyempurnakan pengebumian mayat tersebut.
Biasanya, majlis pengebumian akan dihadiri oleh ramai pengunjung termasuklah pelancong dan diraikan secara besar-besaran.
Uniknya, suku Toraja berbangga dan mengalu-alukan kedatangan orang luar ke majlis pengebumian yang diadakan.
Namun, pengunjung luar tidak dibenarkan memakai pakaian berwarna hitam dan merah.
Upacara yang diadakan pula dimulakan dengan penyembelihan kerbau sebagai hidangan untuk jamuan besar ini.
Suku Toraja percaya, semakin banyak kerbau, semakin mudah untuk orang mati mencapai Nirwana.
Selain itu, kedudukan sesebuah keluarga juga akan dipandang tinggi melalui kemampuan menyediakan jumlah kerbau dengan banyak.
Sememangnya jumlah perbelanjaan menguruskan orang mati lebih mahal berbanding majlis perkahwinan.
Dalam upacara pengebumian suku Toraja ini, terdapat beberapa jenis cara dijalankan.
Antaranya, orang mati akan ditempatkan di dalam sebuah binaan batu terkenal yang dikenali sebagai Lemo.
Setiap mayat akan disusun secara berperingkat. Semakin tinggi tempat mayat, semakin tinggi kedudukannya.
Setelah selesai, penduduk akan meletakkan patung kayu (tau-tau) bagi menggambarkan rupa orang mati tersebut, dalam keadaan menghadap ke arah luar Lemo.
Tujuannya, supaya orang mati tersebut dapat melihat keluarga masing-masing meskipun sudah berpindah ke alam kubur.
Selain itu, ada upacara kematian yang dijalankan dengan cara meninggalkan mayat di celah-celah batu pada lereng bukit dan gua.
Disebuah gua kecil bukit batu kapur, Ke'te Kesu, longgokan tulang manusia kelihatan dengan jelas kerana dikawasan inilah sejumlah keranda tergantung pada dinding luar gua.
Keranda tergantung tersebut dikatakan sangat sukar dibina kerana memerlukan tenaga yang ramai untuk membinanya sama juga seperti Lemo.
Dengan pelbagai tradisi dalam upacara pengebumian, suku kaum Toraja sememangnya dikenali sebagai masyarakat seni.
Mereka sentiasa menerapkan unsur kesenian termasuklah dalam aspek kematian sehinggakan mampu menarik kedatangan pelancong.
loading...
0 Response to "ADMIN PUN TIDAK PERNAH LIHAT UPACARA INI MARI TENGOK SAMA APA YANG MISTERI.Upacara Rambu Solo, Suku Kaum Yang Obses Terhadap Kematian "
Post a Comment