loading...
Menantu Perdana Menteri JAWAB Dakwaan Tun Mahathir Tentang 16 Tong Hadiah Di Majlis Pertunangannya !!! - MESTI VIRAL
Menantu Perdana Menteri JAWAB Dakwaan Tun Mahathir Tentang 16 Tong Hadiah Di Majlis Pertunangannya !!!PETALING JAYA: Menantu Perdana Menteri, Daniyar Kessikbayev menafikan dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya Datuk Seri Najib Tun Razak memberi 16 tong hadiah kepada keluarga beliau pada majlis pertunangan dengan Nooryana Najwa pada 17 Jun 2011.
Daniyar menjelaskan, hadiah itu sebaliknya adalah pemberian pihak keluarga lelaki kepada keluarga Perdana Menteri dan juga bakal tunangnya ketika itu, Nooryana Najwa.
Katanya, tidak pernah wujud 16 tong hadiah seperti yang didakwa Dr Mahathir tetapi hanya 16 kotak hadiah yang diberikan kepada tunangnya, yang menjadi sebahagian tradisi masyarakar Kazakhstan.
“Saya ingin menjelaskan bahawa hadiah berkenaan adalah daripada saya sebagai mahar kepada Nooryana yang diberikan dalam 16 kotak bukannya 16 tong.
“Sebagai bakal suami pada masa itu, pemberian tersebut merupakan sebahagian daripada tradisi masyarakat Kazakhtan untuk bakal isteri pada masa akan datang termasuk barang kemas, minyak wangi dan sutera.
“Pemberian hadiah ini wajar untuk keluarga saya mengekalkan tradisi kami. Malah kami berbangga untuk berkongsi warisan Kazakhstan bersama keluarga baru di Malaysia,” katanya kepada FMT.
Daniyar berkata, pemberian hadiah tersebut merupakan hasil titik peluhnya sendiri bukannya menggunakan wang keluarga atau wang Kerajaan.
“Saya tidak mempunyai apa-apa urusan atau sebarang bentuk perniagaan dengan kerajaan Malaysia. Saya juga tidak mengambil wang daripada rakyat Malaysia yang tercinta,” katanya.
Sehubungan itu, Daniyar dengan penuh hormat menggesa Dr Mahathir supaya berhenti menggunakan perkahwinannya dengan Nooryana Najwa sebagai subjek politik.
“Saya dengan rasa hormat meminta Dr Mahathir berhenti menggunakan perkahwinan saya, isteri saya dan saya sendiri untuk kepentingan politik.
“Saya percaya Dr Mahathir sebagai seorang ahli politik yang bijak, seorang bapa dan suami pandai menilai apa yang salah dan apa yang betul untuk bercakap,” katanya.
Daniyar dan Nooryana Najwa berkahwin pada 19 Mac 2015.
Baru-baru ini, Dr Mahathir mendakwa majlis pertunangan anak Perdana Menteri, yang pernah dihadirinya sebelum ini menyediakan hadiah sebanyak 16 tong untuk diserahkan kepada bakal menantunya.
“Saya pi (pergi) dia punya majlis bertunang. Saya terkejut, 16 tong hadiah dua orang askar angkat. Ini tong bukan dulang.
“Ia bukan sikit..macam-macam ada dalam tu..jam ada, kasut ada, baju ada, kain ada..pasal lalu tepi saya,” kata Dr Mahathir.
“Ia bukan sikit..macam-macam ada dalam tu..jam ada, kasut ada, baju ada, kain ada..pasal lalu tepi saya,” kata Dr Mahathir.
loading...
0 Response to "Menantu Perdana Menteri JAWAB Dakwaan Tun Mahathir Tentang 16 Tong Hadiah Di Majlis Pertunangannya !!!"
Post a Comment