Penyakit Pelik,Gadis Ini Hanya Makan KFC Sepanjang Hayatnya

loading...

Ayam KFC memang sangat disukai ramai orang lebih-lebih rakyat Malaysia kan. Namun, dapatkah anda bayangkan seseorang yang hanya makan KFC sepanjang hayatnya?
Geogie Scotney dari Portsmouth, telah mengalami penyakit yang dipanggil Selective Eating Disorder (SED) sejak dari kecil. Ini menyebabkan dia tidak boleh makan sebarangan makanan. 
Ketika kecil gadis ini hanya boleh makan ayam dan juga kentang, namun ia berkembang menjadi hanya jenama tertentu sahaja yang boleh diambilnya. Untuk tiga tahun kebelakangan ini, dia hanya boleh makan KFC. 
Namun, selepas berubat dalam satu sesi rawatan hypnotherapy, Georgia akhirnya boleh mengambil makanan lain termasuklah buah-buahan. 
"Selepas sesi rawatan itu, saya tidak pernah membayangkan dapat menikmati makanan lain, malah kini saya amat sukakannya." - CARI Infonet
(Sumber foto: Metro UK)
loading...

0 Response to "Penyakit Pelik,Gadis Ini Hanya Makan KFC Sepanjang Hayatnya"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close