loading...
pabila mengimbas kembali kisah kemalangan jalan raya yang melibatkan artis terkenal pada 1990, nama Zaiton Sameon yang akan muncul dahulu kerana kesan yang menimpa beliau dianggap sangat tragis hingga ke hari ini. Oleh kerana itu tidak ramai orang yang mengingati kisah-kisah 'kemalangan popular' lain yang berlaku pada tahun yang sama.
Pada 18 Jun 1990 berlaku kemalangan yang melibatkan dua buah kereta di Gombak, Selangor. Salah sebuah kereta dinaiki oleh pemain gitar terkenal, Man Kidal, daripada kumpulan rock Lefthanded. Kemalangan yang berlaku pada pukul 10.00 malam itu mengakibatkan kematian anak bongsu Man Kidal iaitu Syafida yang berusia 18 bulan. Kereta yang mereka naiki ketika itu dipandu oleh pemain dram Lefthanded, Man Dayak, yang mengalami cedera ringan. Penumpang lain dalam kereta tersebut ialah 3 ahli keluarga Man Kidal iaitu isterinya, anak sulungnya (Farah) dan adik iparnya. Kesemua mereka mengalami kecederaan kecil.



Di bawah ialah gambar-gambar Zaiton Sameon semasa dirawat di Hospital Besar, Kuala Lumpur pada sekitar April 1990, iaitu semasa musim Hari Raya Aidilfitri:



Zaiton Sameon terlantar di Wad ICU & Wad 6A, Hospital Besar, Kuala Lumpur selama 83 hari sejak hari pertama kemalangannya. Gambar-gambar di bawah ialah keadaan beliau semasa hari terakhirnya di hospital itu pada 14 Mei 1990 sebelum dibenarkan pulang ke rumah. Masih kelihatan jelas kesan parut pada bahagian leher dan bawah mulutnya. Kakitangan hospital dan para peminat melambaikan tangan semasa melihat Zaiton dibawa pulang oleh ahli keluarganya.
Menurut cerita kakak Zaiton iaitu Lily Sameon, sejurus selepas kemalangan berlaku Zaiton dibawa ke Wad ICU dalam keadaan koma, mukanya bengkak serta patah kaki kiri. Melihat keadaan Zaiton ketika itu, doktor yang merawatnya meramalkan yang Zaiton tidak mempunyai harapan untuk hidup. Menurut Lily lagi, dalam proses rawatan selanjutnya semasa di hospital selepas itu, Zaiton sering meracau dan tidak dapat tidur. Keluarnya Zaiton dari hospital dalam keadaan selamat telah menidakkan ramalan awal doktor. Zaiton mungkin dilihat tidak sembuh sepenuhnya seperti keadaan asal semasa beliau bergelar penyanyi popular dahulu, tetapi pada ahli keluarganya Zaiton Sameon telah "hidup semula"
loading...
0 Response to "Kemalangan Ngeri jalan raya 4 artis terkenal (1990)"
Post a Comment