Video Ngeri Guna Pisau Cukur Belah Perut Wanita Mengandung! JANGAN TENGOK JIKA LEMAH JANTUNG SAAT BAYI TERKELUAR

loading...
Satu kejadian yang begitu mengejutkan telah berlaku diluar Hospital Laquintini, Douala, Cameroon, sebuah negara bekas jajahan Perancis di barat benua Afrika.

Monique Koumateke

Hanya dengan menggunakan pisau cukur, saudara mara seorang wanita mengandung yang sudah meninggal dunia, telah membelah perut wanita itu bagi menyelamatkan bayi kembar dalam kandungannya.

Mereka berbuat demikian selepas Monique Koumateke, 31, yang sarat mengandung telah jatuh sakit dan dibawa ke hospital terbabit.

Malangnya dia telah dihalau keluar oleh bidan selepas mereka mendakwa Monique sudah meninggal dunia sementara kakitangan hospital di wad bersalin itu enggan membantu.

“Orang dari bilik mayat sendiri datang kepada kami dan memberitahu bahawa bayi dalam kandungan masih menendang perut ibunya.

“Kami ke wad bersalin semula tetapi telah diusir lagi,” kata ibu Monique iaitu Marie Sen.

Keluarga kepada pasangan Monique kemudiannya memutuskan untuk melakukan pembedahan sendiri dengan menggunakan pisau cukur di luar hospital terbabit.

Salah seorang daripada bayi kembar itu telah meninggal dunia manakala seorang lagi hanya hidup beberapa saat sebelum meninggal dunia, sebaik sahaja dikeluarkan dari kandungan ibunya.

Keadaan itu sempat dirakam dan dimuat naik dalam media sosial tempatan sehingga mencetuskan kecaman ramai.

Susulan itu wanita yang melakukan pembedahan berkenaan serta beberapa kakitangan hospital dan bilik mayat telah ditangkap.

Insiden itu turut mendapat perhatian hakim Ayah Paul Abine, yang menyifatkan kejadian berkenaan sebagai sesuatu yang menyedihkan.

“Dakwaan kementerian kesihatan bahawa pihak hospital tidak melakukan sebarang kesalahan telah mencetuskan banyak persoalan berbanding jawapan,” katanya.

Sumber artikel: http://www.sentiasapanas.com/2016/04/video-ngeri-guna-pisau-cukur-belah.html#ixzz44eYyqWUW
Follow us: @SentiasaPanas on Twitter | SentiasaPanas on Facebook
loading...

0 Response to "Video Ngeri Guna Pisau Cukur Belah Perut Wanita Mengandung! JANGAN TENGOK JIKA LEMAH JANTUNG SAAT BAYI TERKELUAR"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close