Lelaki INDIA Telefon Polis Minta Nasihat Mahu Korek Kubur Cina Dan Ambil Emasnya

loading...


KUALA LUMPUR – Seorang lelaki telah meminta nasihat daripada polis untuk mencuri perhiasan di tanah perkuburan Cina.

Menerusi rakaman perbualannya berdurasi 1 minit 17 saat bersama seorang pegawai polis di sebuah balai di Petaling Jaya, lelaki itu turut bertanyakan perbuatan mengambil barangan tersebut adakah dikira sebagai satu kesalahan.

“Kalau saya pergi itu cina punya kubur, saya kasi angkat korek itu mayat keluar, mahu angkat itu emas itu semua, mau ambil itu barang, boleh ka?,”katanya.

Lelaki yang berdialek seperti warga asing itu turut mempersoalkan sekiranya tiada orang yang menjaga kubur tersebut, masihkah menjadi satu kesalahan.

Pegawai itu menjelaskan walaupun tidak ada orang menjaga, ia merupakan satu kesalahan mencuri dan boleh ditangkap.

Dalam pada itu, lelaki itu turut bertanyakan hukuman yang bakal dikenakan sekiranya ditangkap.

“Apa hukuman? Ada denda ka? Penjara ka?,”katanya mendapatkan kepastian lebih lanjut.

Pegawai itu menjelaskan perbuatan mencuri akan dikenakan reman selama 14 hari dan suspek akan dihadapkan ke mahkamah di atas kesalahan mencuri. - SuaraTV


loading...

0 Response to "Lelaki INDIA Telefon Polis Minta Nasihat Mahu Korek Kubur Cina Dan Ambil Emasnya"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close