Jawi Buru ‘Ustaz Kasanova’ Kahwini 8 Wanita

loading...


Paimuzi menunjukkan gambar ‘Ustaz Kasanova’ yang kini diburu oleh Jawi atas kesalahan mengahwini lapan wanita tanpa mematuhi prosedur hukum syarak.

KUALA LUMPUR –
 Seorang lelaki yang digelar ‘Ustaz Kasanova’ kerana mempunyai lapan isteri kini diburu pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persektuan (Jawi) selepas gagal mematuhi proses jaminan Bahagian Penguatkuasaan Jawi dan hilang tanpa kesan.

Mohd. Razis Ismail, 33, dikehendaki pihak berkuasa agama itu selepas gagal hadir menyambung proses jaminannya pada 29 Oktober lalu atas kesalahan terlibat dalam pernikahan sindiket dan berpoligami tanpa kebenaran mahkamah.

Pengarah Jawi, Paimuzi Yahya berkata, siasatan mendapati suspek yang berasal dari Kuala Lumpur telah berkahwin dengan lapan wanita tanpa mengikut prosedur undang-undang dan hukum syarak serta tidak mendaftarkan perkahwinan dan penceraiannya.

“Suspek yang berperwatakan seperti ustaz dengan gelaran Arrozi Abd. Rahman dan Ibnu Ar Razi menggunakan status bujang untuk menipu mangsa untuk berkahwin dengan menyasarkan golongan penuntut wanita di institusi pengajian tinggi dan janda yang mempungai pendapatan bagi menampung hidupnya,” kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.

Menurut Paimuzi, salah seorang wanita yang dipercayai mangsa suspek telah ditahan dan dikenakan hukuman penjara tiga bulan dan lima sebatan syariah atas kesalahan persetubuhan luar nikah.

Katanya, orang ramai diharap dapat membantu menyalurkan maklumat bagi mengesan suspek dengan menghubungi pegawai penyiasat, Farah Wahida Zulkiflee di talian 011-32961821 atau talian bebas 1-800-88-1771. - kosmo
loading...

0 Response to "Jawi Buru ‘Ustaz Kasanova’ Kahwini 8 Wanita"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close