TERKINI – Kepala Tebusan Sarawak Dipenggal Abu Sayyaf Ditemui Sumber Artikel Ini

loading...


Pihak berkuasa Filipina memaklumkan telah menemui kepala warga Malaysia, Bernard Then yang dipenggal. Ia disahkan Ketua Polis Jolo, Major Junpikar Sitin kepada akhbar The Star.
Katanya, kepala mangsa telah ditemui oleh tukang sapu dalam sebuah beg di sebatang jalan di Barangay Wall City di Jolo pada jam 8.30 malam waktu tempatan.

Ia diletakkan dalam sebuah guni dengan tulisan“Bernard Then Ted Fen”.
Mangsa yang sebelum inu diculik di sebuah restoran di Semporna, Sabah dipancung selepas tuntutan wang tebusan tidak dipenuhi.
Komander Pasukan Petugas Bersama Sulu, Brigadier Jeneral Alan Arrojado berkata kumpulan Abu Sayyaf berpangkalan di Indanan yang diketuai pemimpin Alden Bagade dan Indang Susukan bertanggungjawab memenggal kepala Then.
Menurut Arrojado, rundingan gagal dicapai menyebabkan kumpulan itu memenggal kepala mangsa di Taran, Indanan pada pukul 4 petang Selasa.

loading...

0 Response to "TERKINI – Kepala Tebusan Sarawak Dipenggal Abu Sayyaf Ditemui Sumber Artikel Ini "

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close