GEMPAR! 4 FOTO PENAMPAKAN IMEJ ANEH BERJAYA DIRAKAM KETIKA JDT MERAIKAN KEMENANGAN PIALA AFC 2015 MALAM TADI

loading...

Johor Darul Takzim (JDT) melakar sejarah baru dalam arena bola sepak Asia Tenggara apabila merangkul kejuaraan Piala AFC selepas menundukkan wakil Tajikistan, FC Istiklol 1-0 di Stadium Central Republican, Dushanbe.

Menjelang aksi final, penggegar utma Luciano Figueroa diberi peluang 50-50 untuk diturunkan namun pemain Argentina itu membuat penampilan dalam percaturan Mario Gomez sebagai pemain kesebelasan utama.



Safiq yang tampak mengalir dengan keyakinan sepanjang perlawanan melaungkan amaran awal menerusi percubaan luar kotak penalti dalam 25 saat pertama.


Seperti yang dijangkakan, FC Istiklol mula bertindak balas dan hampir membuka tirai jaringan namun pertahanan Aidil Zafuan menyelamatkan bola di garisan gol sekaligus mengekalkan keputusan 0-0.

Seterusnya, sepakan sudut pasukan Tajikistan dilihat membuahkan hasil pada minit ke-13 menerusi Khurshed Makhmudov tetapi pengadil telahpun meniup wisel sebelum bola melepasi pintu gol JDT. 

Tentunya rakyat Malaysia bersorak apabila skuad Harimau Selatan memecah kebuntuan pada minit ke 22 menerusi sepakan sudut Safiq rahim yang disudahkan pemain tengah Argentina, Leandro Velazquez.

Bersambung babak kedua, tuah menyebelahi JDT sekali lagi apabila pengadil memutuskan gol penyamaan pemain Istiklol, Manuchekhr Dzhalilov dikira ofsaid pada minit ke-50.

Demi mempertahankan pendahuluan 1-0, Mario Gomez ambil keputusan menukarkan Safee Sali dengan Mahali Jasuli pada minit ke-59 susulan aksi yang kurang menjadi dalam perlawnan yang amat berprestij.

Penjaga gol, Farizal Marlias mempamerkan aksi wira ketika JDT dalam kecemasan pada minit ke-72. Sebaik sahaja mengecewakan percubaan kencang Manolo Bleda, Farizal turut menepis keluar percubaan kedua penyerang Sepanyol itu dalam kotak penalti.


Sukar untuk mempercayai, tuah menyebelahi JDT buat kali ketiga apabil percubaan Romish Jalilov diberikan keputusan ofsaid sekali gus mencetuskan perasaan marah daripada pemain-pemain Istiklol.

Keputusan perlawanan kekal 1-0 hingga wisel terakhir sekali gus menjadikan Johor Darul Ta'zim sebagai pasukan Malaysia pertama yang menjulang Piala AFC.

Rekod Istiklol di Dushanbe akhirnya dileburkan setelah melakar rekod tanpa kalah sejak perlawanan kedua Piala AFC. Sehubungan itu, Istiklol juga mempunyai rekod 14 kemenangan, 1 seri dalam 15 perlawanan yang diiringi 53 gol dalam saingan liga domestik.
loading...

4 Responses to "GEMPAR! 4 FOTO PENAMPAKAN IMEJ ANEH BERJAYA DIRAKAM KETIKA JDT MERAIKAN KEMENANGAN PIALA AFC 2015 MALAM TADI"

  1. Imej aneh??????padahal nak suh org baca....haktuihhh

    ReplyDelete
  2. Imej aneh??????padahal nak suh org baca....haktuihhh

    ReplyDelete
  3. Seriously,article takde quality...fuck off...memang aku tak baca lagi la lepas ni

    ReplyDelete

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close