ALFATIHAH BUAT ADIRA,,!!! BARU-BARU INI SUAMI DI KEBAS ORG KINI KAKAKNYA PULA DI LANDA MUSIBAH

loading...
Emma,Kakak Adira Ditetak Hampir Putus Telinga - Tempatan - Gosip Hiburan


Oleh Izzah Abbasy
Emma Suhaimi, 27, bekas peserta Akademi Fantasia musim kelapan dan juga deejay sebuah stesen radio di KKFM, diserang seorang individu di rumahnya di Universiti Utama Condominium (UUC), Kota Kinabalu tengah malam kelmarin.
Kakak kepada penyanyi Adira, cedera di bahagian belakang kepala, telinga, hidung dan pipi. Rakan serumahnya pula dilaporkan cedera di tangan dan bahagian mata.
Kakak kepada Emma, Ayu Suhaimi, 28, pula berkata kejadian berlaku sekitar jam 12.30 tengah malam ketika adiknya bersama rakan serumah nyenyak tidur.
"Emma dihantar ke Hospital Queen Elizabeth II di sini untuk rawatan lanjut, manakala rakannya dirawat sebagai pesakit luar. Emma mungkin dibenarkan pulang petang semalam," katanya ketika dihubungi.
Sejak pagi tadi, insiden menimpa Emma dan rakannya menjadi viral di laman sosial berikutan dakwaan mangsa cedera selepas rumahnya dimasuki perompak yang turut mengacukan parang ke lehernya.
"Siasatan mendapati ini bukan kes samun, sebaliknya kejadian berpunca daripada masalah peribadi dipercayai antara seorang mangsa dengan bekas teman lelakinya dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan.
"Tiada barang hilang dari tempat kejadian atau milik mangsa. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu sengaja menyebabkan kecederaan dengan menggunakan benda berbahaya," katanya.
Teman rapat Emma, Keroz Nazri, berkata kejadian itu menyebabkan telinga Emma hampir putus.
Pembedahan menyambung telinganya berjalan lancar. Emma kini dalam keadaan stabil, namun masih trauma.


loading...

0 Response to "ALFATIHAH BUAT ADIRA,,!!! BARU-BARU INI SUAMI DI KEBAS ORG KINI KAKAKNYA PULA DI LANDA MUSIBAH"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close