TAHNIAH IKA NABILLA DAH PUN BERGELAR ISTERI KEPADA KONTRAKTOR TERSOHOR,,,!!! HATARAN BOLEH MENCECAH KERAHSIAHAN

loading...







Quote:
KUALA LUMPUR: Pelakon yang digilap bakat menerusi program realiti, Akademi Fantasia (AF) musim keenam, Ika Nabella sah bergelar isteri kepada Muhammad Zaid dengan sekali lafaz, kira-kira jam 2.25 petang tadi. Upacara pernikahan pasangan itu berlangsung di Dewan Batu Maung, Pulau Pinang

Pasangan ini dinikahkan oleh Imam Masjid Ridwaniah, Sungai Batu Bayan Lepas, Ahmad Fuad Abd Hamid

Pada majlis itu, Zaid turut menyerahkan mas kahwin RM1,008 manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan. Pasangan mempelai itu, masing-masing turut menyerahkan tujuh dulang hantaran

"Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan saya berharap, ikatan yang terjalin ini akan terus mekar hingga ke jannah. Terima kasih kepada semua yang mendoakan kebahagiaan kami

"Kami memilih untuk bernikah di Pulau Pinang atas permintaan keluarga, selain memudahkan sanak saudara yang kebanyakannya tinggal di sini untuk bersama meraikan hari bersejarah saya dan suami," kata Ika sejurus selesai majlis akad nikah

Mengenai perancangan bulan madu, pelakon berusia 27 tahun itu berkata, ia hanya akan dilaksanakan pada September depan

"Kami sudah menyenaraikan beberapa destinasi bulan madu seperti Amerika Syarikat, Eropah, Korea atau Jepun. Bagaimanapun, kata putus belum diambil memandangkan kami ingin memberi tumpuan kepada majlis pernikahan dan resepsi. Lagipun, ada beberapa perkara lain yang perlu dilunaskan

"Selain majlis bertandang, adik suami juga akan melangsungkan perkahwinan pada bulan depan. Hanya selepas itu, baru saya dan suami akan berbincang lebih lanjut mengenai perancangan berbulan madu," katanya

Ika menjelaskan kerjaya seninya tetap akan berjalan seperti biasa kerana suaminya tidak pernah menghalang minatnya

"Saya masih ingin menyanyi dan berlakon, malah juga berminat untuk mengacara jika diberi peluang. Suami sentiasa menyokong, malah mahu saya terus aktif. Suami sangat memahami dan ia antara sebab mengapa kami serasi. Suami saya sangat istimewa

"Saya juga berharap peminat akan terus memberikan sokongan biarpun saya sudah bergelar isteri" katanya

Pasangan itu akan diraikan pada majlis resepsi yang diadakan di sebuah hotel di Pulau Pinang esok, manakala majlis bertandang pula akan berlangsung di Kuala Lumpur pada 20 Ogos ini

Ika mengenali suaminya yang bekerja sebagai kontraktor itu sejak lima tahun lalu. Pertemuan semula pada tahun lalu selepas hubungan mereka putus, membibitkan perasaan cinta dan seterusnya bertunang pada 14 Mei lalu di Pulau Pinang
loading...

0 Response to "TAHNIAH IKA NABILLA DAH PUN BERGELAR ISTERI KEPADA KONTRAKTOR TERSOHOR,,,!!! HATARAN BOLEH MENCECAH KERAHSIAHAN"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close