FUHHH GEBU GILA APAM NIE..!!! TERLIRNYA INILAH Apam Thai,Lebih Gebu Dan Sangat Menarik - JOM IKUTI RESEPI INI

loading...
Apam Thai,Lebih Gebu Dan Sangat Menarik -
Apam merupakan antara kuih tradisi masyarakat Melayu yang menjadi kegemaran kebanyakan rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa.


Terdapat bermacam jenis kuih apam dengan pelbagai bentuk, warna dan rasa. Kali ini, penulis ingin kongsikan tentang kuih Apam Mekar yang mula menjadi kegilaan peminat apam.
Apam Mekar juga dikenali dengan nama CUPCAKES STEAMED THAI/KHANOM PUI FAI dan dikatakan merupakan resepi asal dari orang Thailand sendiri. Nampak bentuknya sudah pasti ramai yang fikir bukan sesuatu yang mudah untuk membuatnya, sungguh kreatif dan mengiurkan.
Namun apa pun jom cuba dulu, rasanya tidaklah susah jika sudah tahu cara-caranya :



BAHAN BAHAN:
4 cawan tepung kek
405 gram susu segar
2 sudu besar ovalete (bahan pelembut)
2 cawan gula
2 biji telur
8 sudu besar air
2 sudu teh serbuk penaik
Pewarna mengikut pilihan


CARA-CARA MEMBUATNYA:
1. Ayak tepung bersama tepung penaik.
2. Pukul ovalete, telur, air , gula sehingga berwarna putih.
3. Masukkan tepung berselang-seli dengan susu (kacau guna senduk kayu).
4. Rehatkan adunan selama 30 minit.
5. Selepas 30 minit, kacau sekali lagi.
6. Panaskan air dan api yang kuat. Apabila mendidih perlahankan api.
7. Masukkan adunan dalam acuan dan kukus.
Biji-biji hitam boleh buat guna bijan hitam. Selamat mencuba! - CARI
Sumber - Nusodaka
loading...

0 Response to "FUHHH GEBU GILA APAM NIE..!!! TERLIRNYA INILAH Apam Thai,Lebih Gebu Dan Sangat Menarik - JOM IKUTI RESEPI INI"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close