Ayah Aku Tentera,Masuk Hutan Di Utara,Bila Balik Ini ‘HADIAH’ Buat Mak MENANGIS !!!

loading...
Ayah Aku Tentera,Masuk Hutan Di Utara,Bila Balik Ini ‘HADIAH’ Buat Mak MENANGIS !!! |Tak tahu nak mula dari mana sebab ia dah berakhir tapi aku rasa aku perlu kongsi sesuatu yang sampai sekarang aku tak boleh hadam apa yang jadi pada Mak aku. pada aku mak aku masih muda, umur baru 43 tahun ada anak 6. btw, dia selalu meluah perasaan pada aku sebab aku anak yang dah mula mengerti apa kesedihan yang mama aku hadapi. Umur aku? baru 18 tahun. Orang lain bergelut soal pakwe makwe, kerja, study. Aku? bergelut isu keluarga yang tak pernah sudah kerana jantan bernama ayah. hati aku dah keras asyik dihidangkan drama realiti playboy tua tak sedar diri. tambah pula aku anak perempuan sulung.
Capture
Pengajaran pada perempuan yang mungkin mengeluh belum bertemu jodoh. sabar. jangan jadi terdesak hingga kita tak tahu dengan siapa yang kita akan tinggal serumah sebantal dan segalanya. kedua, jangan jadi perempuan bangang, percaya bulat2, lelaki yang dah beristeri tambahan anak ramai pulak yang dia tak bahagia. maaf jika sepanjang perkongsian yang panjang berjela ni akan buat korang annoyed and bosan.
1) Mak ni dia sekolah tak habis. Last tingkatan 1. erti kata lain, dia jenis yang memang tak terbuka pergaulan. tak pandai cakap banyak-banyak.. apa yang ada dia terima ja… kawin muda gila, dengan suami yang jugak dari satu kampung. rumah mak dan abah dekat , sampai boleh nampak bumbung rumah. abah aku askar yang jenis masuk hutan jarang balik. mak la yang urus anak dari A-Z, dengan apa yang ada sahaja. Adik-adik aku alhamdulillah, sangat memahami dan berdikari.
2) Semua bermula 7 tahun lepas masa kami tinggal di utara malaysia. kami semua dapat tau abah kahwin lain di siam dengan anak dara . tah mana dia kena. Fuh, time tu aku rasa macam, Wau! adik bongsu aku paling kecik 1 tahun, makan nasi dengan telur hari-hari, duit sekolah catu hari, kau boleh menikah lain? duit elaun isteri yang tentera potong tu je yang kau tinggal kami 7 beranak hidup….abah dah mula angkat tangan dan kaki kat mak masa ni..
3) Episod kejam berterusan, betina tu asyik merengek nak perhatian. biasalah, bini muda… bila abah keluar hutan, dia nak masa dengan abah.. huhu.. dasar tua ganyut… lupa anak bini yang ada dekat rumah… aku rasa abah aku tu bodoh sampai level langit bila dia bawak perempuan datang rumah kami. Rumah kami kecik je, sewa. malam tu, masa aku nak tidur kat ruang tamu (kami mmg tidur di ruang tamu je) , bentang toto, dan abah bagitau mak suruh dia tidur dengan anak2. SEBAB ISTERI KEDUA TU NAK TIDUR DALAM BILIK. aku ingat sampai bila-bila kebodohan jantan tu.MAK AKU TIDUR LUAR BILIK, aku dengar dia menangis, sampainya hati, Ya Allah.. oh ya, sepanjang 17 tahun kawin, katil tak pernah ada, kelengkapan rumah seadanya saja.oh jantan.. aku benci dia!
4) Bini baru ni ada kereta, dan bekerja. mak aku selalu kata , ” Dia nak tumpang senang dengan bini tu kut, mak kan tak kerja”.. fuh, aku sedih gila time tu. tempoh 2 tahun perkahwinan tersbut kami selalu berhubung dan dikunjungi oleh madu dia yang tu. madu tu pun dah ada sewa rumah berdekatan dengan rumah kami just mama tak tahu dan tak pernah dibawa ke sana.. aku tak diizin campur hal tersebut. nak pergi sana naik apa? yelah, kami Cuma ada moto buruk, lesen pun xde.. naik moto angkut kami adik-adik pergi balik sekolah sesi pagi sesi petang. Adik kecik aku selalu cakap yang madu tu selalu cakap anak-anak tu kotor dan pakai xup to date.. sedih aku pastinya mak aku hanya memendam rasa.. budak nak membesar, dan baju pakai yang mana ada ja. tu pun sebab dia tu bukan peduli keperluan kami…
5) suatu hari entah ini satu sinaran baru atau ujian,aku tengok abah balik tiap-tiap minggu pada dia, tak melekat dengan handfon macam selalu2, spent time dengan anak-anak.. seolah abah dah takda dah perempuan tu. mak cakap perempuan tu pun dah tak datang rumah dah..baiknya mak aku, try telefon madu tu pun tak dapat dihubungi. so mak aku assume madu dia dah diceraikan. aku buat hal aku. malas nak peduli… janji aku jadi anak mak yang baik, tak susahkan dia.
6) Dalam masa terdekat tu datang satu lori perabut rumah ke rumah kami. mak tak berani dari mana datang perabut tu , sebab mak dah diajar kaki dan tangan. so sekali lagi, kami assume, perabut dari rumah bekas madu dia tu sebab ada bekas perabut yang digunakan. Meja makan, almari, katil, TV, kabinet dapur. lengkap semuanya. aku nampak happy mak aku bila dia dapat semua tu. suami yang selalu ada depan mata dan kelengkapan rumah yang tak pernah ada. walaupun perabut tu bekas madu dia punya… yang kahwin tak sampai 2 tahun.. dia hampir 20 tahun kahwin baru nak merasa.
7) ya, benar. ini bukan pengakhiran indah apabila laki tu katanya berkursus di selatan selama sebulan. balik dari situ, mak cakap dapat rasa dia mula buat perangai lama. tah kali ini kahwin ke tidak, tapi mak aku dijauhi dan diboikot. berlarutan tak bercakap selama 5 bulan. dia hanya bercakap dengan adik-adik aku yang bongsu.. kami 4 yang atas diabaikan. tak balas whatsapp sms call. tapi selalu je ada dekat rumah. balik pada perangai handphone dia. depan mata aku , mak tanya nak makan ke tak. dia diam. mak aku sendukkan nasi, dan letak depan dia kat TV.. kalau dia makan, dia akan makan la. kalau dia xnak makan, nasi tu akan dibiar sepi. mak aku akan angkat nasi tu simpan kat dapur. meluat aku tgk keadaan tu. tapi aku takleh nak marah mak aku, dia memang macam tu.
8) mungkin aku panggil ini sinaran even ia adalah dugaan. suatu malam, aku tengah dalam bilik, aku dengar abah mengamuk. aku keluar dan lihat, abah sedang cekik mak. adik bongsu aku menangis. abah tak berhenti dan masih jelas ayat yang aku anggap pengakhiran semua derita. “malam ni aku cerai kau”. rumah sepi. cengkaman tangan dilepaskan dan mak terbatuk-batuk, mungkin sakit dicekik. abah keluar dari rumah, mak bangun dan suruh kami semua tidur. ayat tenang, tapi muka mak…. takkan aku lupa.. kami menurut, masuk ke bilik…
urusan penceraian telah berjalan. mak naik teksi je pergi ke pejabat agama untuk buat aduan penceraian. aku rasa kosong.. kami keluar dari rumah yang banyak bawak duka ni. mulakan hidup dikampung mak sejak awal tahun ni.. aku nak bergerak pun rasa xboleh. nak sambung belajar , kesian ngan mak,.. akhirnya aku kerja di sebuah CC untuk aku cari wang untuk adik-adik sekolah.. mak jual nasi lemak. dari aku kerja disini , aku jumpa group KRT. Aku rasa aku muda untuk harungi semua ni. tapi aku tau, mak aku lagi sedih. matilah lelaki dalam hidup aku, selain adik-adik aku.-KRT
loading...

0 Response to "Ayah Aku Tentera,Masuk Hutan Di Utara,Bila Balik Ini ‘HADIAH’ Buat Mak MENANGIS !!!"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close