loading...
Pukul 2 Pagi. Ternampak Pemancing Dengan Lilin. Bila Nak Tegur Rupa-Rupanya Dia Adalah....
Aku tengah cari "port" memancing yang ke 10 selepas port2 sebelum ni kurang kaw hasilnya. Aku ternampak seorang pemancing dengan lilin. Lalu aku pun duduk mancing tak berapa jauh dari dia. Ketika malam nak subuh, aku pun nak beredar, saja lalu depan pemancing tu. Alangkah terkejutnya aku bila tahu yang dia sebenarnya adalah............
Pukul 2 Pagi. Ternampak Pemancing Dengan Lilin. Bila Nak Tegur Rupa-Rupanya Dia Adalah…. | Seperti yang telah diceritakan oleh seorang member kepada admin ketika jamuan hari raya keluarga minggu lepas. Member ni ada seorang adik lelaki yang gila memancing. Walau dah ada anak2 dan bini, tabiat memancing dia ni memang susah nak hilang walau sedikit berkurangan. Kita namakan adik member ni ialah Ahmad.
Beberapa bulan yang lepas Ahmad telah dapat projek membekal benih ikan kelah oleh seorang peniaga. Dia dibayar RM2 untuk setiap benih ikan kelah yang diterima. Peniaga tu nakkan 1000 benih ikan kelah secepat mungkin. Dia pun apa lagi terus la terjah ke sungai untuk memancing.
Malam tu, Ahmad dan seorang lagi kawan bernama Ali tengah sibuk memancing. Biasa la, orang memancing ni. Mula-mula berdua. Lepas tu tempat tu tak syok, pindah-pindah tempat. Jam menunjukkan pukul 2 pagi. Dia yang asyik dok pindah-pindah tempat tak sedar yang dia dah tinggalkan kawan dia entah di mana.
Dalam kegelapan malam tu, Ahmad terus memancing. Pandai la Ali cari dia nanti. Bukan sekali dua mereka berdua keluar memancing. Sedang dia mencari “port” ke 10 untuk memancing, dia ternampak pemancing lain tak jauh duduk dengan lilin kecil. Ahmad pun terus ambil tempat tak berapa jauh dari pemancing tadi tu. Tempat bagus fikirnya.
Memang betul sangkaan dia. Tempat ni memang best. Dah dekat 2 jam dia ditempat baru ni. Kadang-kadang dia jeling-jeling juga pemancing berlilin tadi. Lepas tu, bila hari dah nak subuh, Ahmad pun beredar. Sebab memang dah pakat dengan Ali sebelum ni, pergi la memancing kat mana pun, tapi pukul 5 pagi kena jumpa semula di “port” pertama.
Ahmad sengaja berjalan melintas pemancing berlilin tadi. Saja la nak tengok berapa banyak tangkapan yang dia tu dapat. Pada masa yang sama nak tau jugak, kenapa mamat tu pakai lilin. Ye lah, mana ada pemancing yang guna lilin. Selalunya semua bergelap atas sebab-sebab keselamatan. Cahaya boleh menarik minat ular kapak air. Muka Ahmad tiba-tiba pucat. Tiada langsung batang pancing kat lelaki yang disangkanya pemancing tu. Lelaki tu rupanya tengah duduk bersila sambil kepala pandang bawah. Lilin tu pun agak pelik. Sebab apinya tetap “tegak” walaupun kawasan tu sedikit berangin.
Ahmad malas fikir jauh-jauh. Dia juga tidak panik. Dia terus berjalan ke “port” pertama tanpa menoleh. Persoalannya siapakah lelaki tu? Member admin cakap lelaki misteri tu mungkin orang yang sedang menuntut “ilmu” dan ada juga kawan yang kata lelaki tu kurang siuman. Wallahualam. P/S : Jangan memancing kalau hantu pun takut. Hahaha.
loading...
0 Response to "Pukul 2 Pagi. Ternampak Pemancing Dengan Lilin. Bila Nak Tegur Rupa-Rupanya Dia Adalah.... - "
Post a Comment