NGERI ! Suami Dipancung, Isteri Ditetak Sampai Mati Hanya Kerana 90 Sen ! Tindakan Bodoh ini Menyebabkan lelaki ini Hilang Akal selepas Kejadian itu !!

loading...




Pasangan mangsa yang dibunuh kerana hutang di India.
NEW DELHI: Seorang lelaki dipancung dan isterinya ditetak hingga mati selepas berlaku pergelutan dengan pekedai runcit pada Khamis, lapor pihak berkuasa di India.
Pembunuhan itu berlaku di daerah Mainpuri, Utara India berdekatan Uttar Pradesh.
Pasangan yang berada dalam kasta terendah hierarki India tersebut dikatakan telah berhutang dengan pemilik kedai yang dikenali Ashok Mishra sebanyak 90sen (15 rupee) dan mereka tidak mampu untuk membayar semula wang tersebut.
Menurut polis, saksi yang berada di tempat kejadian berkata pasangan Bharat dan Mamta meminta untuk tangguhkan bayaran sehingga hujung bulan kerena belum menerima gaji sebagai pekerja buruh.
Selepas pertengkaran berlaku sehingga pukul 6 pagi, Mishra pulang ke rumah untuk mengambil kapak dan menyerang pasangan itu sehingga mati.
"Masih tidak jelas sama ada pemilik kedai itu mempunyai dendam ataupun tidak terhadap pasangan berkenaan.
"Penyerang telah membuat pengakuan jenayah kepada polis dan peranan isterinya dalam kejadian ini masih belum jelas. Kami sedang menyiasat.
"Kami juga sedang menyiasat beberapa saksi untuk mengetahui mengapa tidak ada orang yang cuba untuk menghentikan tindakan suspek," kata pegawai polis, Digambar Kushwaha.
Tambahnya, suspek turut memberitahu polis bahawa pasangan itu turut didera secara lisan olehnya.
Penyerang dan isteri telah ditangkap dan senjata yang digunakan dalam serangan itu telah dirampas.
Menurut pihak berkuasa, Bharat dan Mamta meninggalkan empat orang anak dan tiga daripada mereka masih di bawah umur. 
loading...

0 Response to "NGERI ! Suami Dipancung, Isteri Ditetak Sampai Mati Hanya Kerana 90 Sen ! Tindakan Bodoh ini Menyebabkan lelaki ini Hilang Akal selepas Kejadian itu !!"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close