loading...
Terjumpa Kekasih Lama,Apa Yang Anda Perlu Buat? - Cinta - Cinta & Famili
Oleh : Dean BZ
"Bercinta sudah lama, berkasih dan bermesra, sedang enak membuai rasa..............perpisahan tercipta". Itu lah antara bait-bait lirik lagu tentang perpisahan dalam sebuah ikatan percintaan.
Setiap insan yang bercinta didunia ini tidak semestinya berakhir dengan kisah yang membahagiakan. Walaupun pelbagai kata-kata janji manis dan sumpah setia diungkapkan oleh pasangan, namun jika tiada jodoh pasti tetap akan terjadi sebuah perpisahan yang memeritkan.
Kebiasaannya banyak punca yang membuatkan pasangan putus cinta antaranya kerana kehadiran orang ketiga, salah faham, tidak direstui keluarga dan mangsa keadaan. Tidak kira apa punca sekalipun, bila sudah putus cinta pasti akan menyakitkan hati. Lebih teruk lagi apabila terjadinya pertengkaran besar sehingga masing-masing mula memburukkan antara satu sama lain.
Soalan penulis, andai ditakdirkan anda terjumpa bekas kekasih anda di mana-mana, apakah yang anda akan lakukan?
#1 - Teruskan perjalanan dan buat-buat tak nampak
#2 - Teruskan perjalanan dan buat jelingan maut
#3 - Teruskan perjalanan dan berikan senyuman
#4 - Teruskan perjalanan, senyum dan tegur
#5 - Pusing belakang kemudian jalan terus tanpa menoleh
#6 - Langgar bahu kemudian lari sambil gelak tutup mulut
Masing-masing pasti ada tahap kebencian yang berbeza terhadap bekas pasangan kekasih bergantung kepada punca terjadinya perpisahan. Ada yang sangat mengharapkan dipertemukan semula dan ada juga yang mengharap si dia tidak lagi muncul dalam kamus hidup setelah berpisah.
Nasihat penulis, jika sebelum ini anda mampu menyayangi si dia sepenuh hati jadi elakkan lah menanam dendam kerana dendam itu akan memakan diri sendiri. Tiada manusia yang tidak melakukan kesilapan, terimalah takdir dengan hati terbuka dan sentiasa lah mendoakan kebahagiaan si dia... walau dengan sesiapa pun. - CARI.
loading...
0 Response to "Terjumpa Kekasih Lama,Apa Yang Anda Perlu Buat? "
Post a Comment