GEMPAK!!! RUPANYA INILAH ADIK BERADIK 8 SELEBRITI POPULAR MALAYSIA YANG ANDA TAK PERNAH PERASAN TAPI PERNAH TENGOK!!!SIAPAKAH MEREKA... NO 3 TU PALING TAK SANGKA ADIK BERADIK RUPANYA......

loading...
GEMPAK!!! RUPANYA INILAH ADIK BERADIK 8 SELEBRITI POPULAR MALAYSIA YANG ANDA TAK PERNAH PERASAN TAPI PERNAH TENGOK!!!SIAPAKAH MEREKA... NO 3 TU PALING TAK SANGKA ADIK BERADIK RUPANYA......



Inilah Adik Beradik 8 Selebriti Popular Malaysia Yang Anda Tak Pernah Perasan! Tapi pernah tengok… Siapakah mereka???

Pasti ramai yang tidak pernah perasan di kalangan selebriti tanah air kita terutama pelakon kebanyakkan di kalangan mereka adalah adik beradik. Jom kita lihat adik beradik selebriti popular tanah air kita.

1. Pierre Andre & Mikail Andre



Adik­beradik ini merupakan anak kepada pelakon veteran Khadijah Tan yang terkenal dengan rancangan sitkom Pi Pi Mai Tang Tu. Pierre Andre yang mula­mula sekali menceburi bidang lakonan menerusi filem Potret Mistik pada tahun 2005.

Bermula sebagai seorang pelakon, Pierre Andre kini bergelar seorang pengarah. Jejak langkahnya diikuti oleh adiknya Mikail Andre yang kini berusia 23 tahun. Boleh dikatakan mereka ini mempunyai darah seni.

2. Shamsul Yusof & Syafiq Yusof


Kedua­duanya memulakan kerjaya sebagai pelakon demi untuk mempelajari selok­belok dunia perfilema Anak kepada pengarah terkenal Datuk Yusof Haslam ini, mengikut jejak langkah bapanya untuk menjadi seorang pelakon dan juga pengarah filem.

Lebih membanggakan, kedua­dua pengarah muda ini sudah pun menggondol anugerah menerusi hasil karya mereka. Bak kata pepatah, bapa borek anak rintik.

3. Elfira Loy, Ezlisa Loy & Ahmad Ezzrin 


Adik­beradik Loy ini memang sehati sejiwa sejak dari awal mereka menceburkan diri dalam bidang lakonan. Apa yang pasti ketiga­tiga mereka memang berbakat besar seawal dari kecil.

Walaupun Elfira selaku kakak, dilihat lebih menyerlah, namun mereka tidak pernah mencemburui antara satu sama lain. Lebih menarik lagi, Ezlisa dan Ezzrin juga pernah berlakon sama menerusi rancangan Oh! My English.

4. Yaya, Shikin, Chacha, & Emma Maembong


Anak perempuan kepada Ismail Embong ini, memang semuanya cantik­cantik dan berbakat dalam lakonan. Pada mulanya hanya nama Chacha dan Emma sahaja yang dikenali, namun selepas itu, keduadua kakak mereka, iaitu Yaya dan Shikin juga mula mencipta nama.



Kalau dah adik­beradik, pasti mereka tidak akan terlepas ditanya mengenai perhubungan mereka. Namun, baru­baru ini industri hiburan dikecohkan dengan kisah Chacha dan bapanya. Tetapi semuanya sudah selesai. Bak kata pepatah, seperti air dicincang tidak akan putus. Begitulah perghubungan keluarga.

5. Eira Syazira & Syafnida

Nama pelakon Eira Syazira mula dikenali menerusi lakonannya yang membawakan gadis nerdmenerusi slot drama TV3 satu ketika dahulu. Boleh dikatakan Eira diantara pelakon drama yang menjadi pilihan untuk menghiasi drama­drama di televisyen.

Kini adiknya, Syafnida turut mengikut jejak langkah kakanya itu. Kini wajahnya mula kelihatan menerusi drama TV3 Cinta Ilahi. Selain itu juga, Syanida juga dikatakan berlakon bersama abang iparnya Azad sebagai suami isteri. Boleh dikatakan wajah adik­beradik ni hampir sama dan ramai yang menganggap mereka adalah adik­beradik kembar.

6. Farid Kamil & Fadzil Zahari


Siapa yang tidak mengenali hero pujaan ramai Farid Kamil. Namun, nama adiknya iaitu Fadzil Zahari mula menjadi sebutan sejak sah menjadi suami kepada pelakon terkenal Yana Samsuddin. Namun mungkin ramai yang tidak tahu, Fadzil juga merupakan seorang pelakon.

Pada awalnya, dia merupakan pembantu peribadi abangnya sendiri. Dia kemudiannya berjinak­jinak sebagai penulis skrip. Antara skrip filem yang dihasilkannya ialah filem Kongsi dan Bini­biniku Gangster. Memang adik­beradik yang berbakat besar. Jika dilihat pada rupa Fadzil juga saling tidak tumpah seperti abangnya.

7. Sharifah Shahira & Sharifah Sakinah


Pelakon, pengacara dan penyampai radio, Sharifah Shahira, tidak perlu diperkenalkan lagi dalam industri hiburan tanah air. Jika diikutkan, seorang lagi adik beradik Sharifah iaitu Sharifah Haslinda juga merupakan seorang pelakon ketika zaman 90an.

Kini, seorang lagi adiknya, Sharifah Sakinah, pula yang mengikut jejak langkah kakak­kakaknya sebagai seorang pelakon. Namun berbeza dengan kakak­kakaknya, nama Sakinah menjadi viral dengan aksi gilagilanya di laman sosial miliknya.

8. Erma Fatima, Umie Aida & Betty Rahmad


Mungkin ramai yang tidak mengetahui, adik­beradik, Erma Fatima dan Umie Aida mempunyai seorang adik iaitu Betty Rahmad, yang kini mula berjinak­jinak sebagai pelakon dan pernah muncul menerusi drama bersiri popular Adam dan Hawa.

Namun, mungkin ramai yang tidak tahu, Betty sudah menceburkan diri dalam dunia lakonan seawal usia 9 tahun. Boleh dikatakan Betty juga berbakat seperti Umie Aida. Dimana dia juga boleh menyanyi. Tidak dapat dinafikan ketiga­tiga mereka mempunyai bakat yang besar.
loading...

0 Response to "GEMPAK!!! RUPANYA INILAH ADIK BERADIK 8 SELEBRITI POPULAR MALAYSIA YANG ANDA TAK PERNAH PERASAN TAPI PERNAH TENGOK!!!SIAPAKAH MEREKA... NO 3 TU PALING TAK SANGKA ADIK BERADIK RUPANYA......"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close