JGN TERKEJUT JIKA ANDA OVER WEIGHT...!!! GARA-GARA GAME POKEMON LELAKI INI LOSS 4 KILO SEHARI

loading...

28-year old Nick Johnson caught all 142 Pokémon in 2 weeks. Staying up till 4-5 in the AM & his girl supported him.





HAMPIR sebulan aplikasi permainan Pokemon Go dilancarkan, akhirnya ada seorang trainer yang berjaya menangkap kesemua watak animasi itu.

Nick Johnson, dari Brooklyn, New York, berjaya menangkap semua 142 watak animasi Pokemon yang boleh ditemui di Amerika Syarikat.

Menurut laporan portal CNN, pakar IT berusia 28 tahun itu mengambil masa dua minggu untuk berbuat demikian.

Dalam temuramah bersama portal The USA Today, Johnson memberitahu, aplikasi kesihatan di telefonnya menunjukkan dia berjalan sejauh kira-kira 12 kilometer sehari untuk mencari dan menangkap watak-watak animasi tersebut.

Malah, berat badannya juga turun 4 kilogram.

Dia juga mengakui permainan itu menjadikan dia lebih bersemangat di tempat kerja, memandangkan tugasnya sebagai pembangun platform inovasi di sebuah syarikat IT.

Johnson kini bakal memulakan jelajah dunia untuk menangkap banyak lagi watak animasi itu dan lebih menarik, keseluruhan kos perjalanannya ditaja oleh sebuah agensi pelancongan. - Awani - Read more at: http://scl.io/b3ucLW8e#gs.n=E=T7Q
loading...

0 Response to "JGN TERKEJUT JIKA ANDA OVER WEIGHT...!!! GARA-GARA GAME POKEMON LELAKI INI LOSS 4 KILO SEHARI"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close