Azrinaz Mazhar Hakim Tetap Hidup Mewah Dan Bergaya Walaupun Selepas Di Cerai Sultan Berunai

loading...
Azrinaz Mazhar Hakim Tetap Hidup Mewah Dan Bergaya Walaupun Selepas Di Cerai Sultan Berunai
Dapatkan cerita terbaru terus ke facebook anda dengan like page kami....terimakasih
Anda Pasti agak terkejut dengan komen yang diberikan di entry itu... Komen oleh Anonymous dan sesetengah pengomen yang lain...Saya andaikan pengomen ini datangnya dari....
Namun oleh kerana cerita ini cerita lama,tak mustahil ramai yang telah mengetahuinnya,namun tidak salah sekiranya ianya diimbas kembali.

42.jpg
 Inilah antara komen mereka Kenapa/Sebab/Punca  Azrinaz Mazhar diceraikan Sultan Brunei :
1) Anonymous said…..
    Tak kesian pun.... she deserved it.. after all the prosperity were given to her..itu lah… Allah nak tunjuk niat sebenar seseorang itu. Tak bersyukur atas limpah yg diberi… you wont believe of what she did...
 2) Anonymous said…
    jgn hina sultan kmi,,.kmi sndiri nda penah hina bginda.,.ceta cerai ne kmi lbih tau n yg lbih tahu Allah n sultan ja lh..bkn nya sultan brunei mngabai kn tanggung jwb..jgn lh tamak klu kawin sma kerabat..anak2 dia ttap lh ada nafkah,nda lh sultan kmi 2 jahil dlm agama. k peace no war please..nnti2 kmu tau lh ceta nya nnti 2....
    3) suria said…
    actually aura-aura cerita tentang azrinaz dah memang heboh kat brunei since early this year… diorang tak berani cakap cuz kat brunei ahli KDN tak kasi sebar2x cerita.. so banyak spekulasi keluar..entah mana betul mana salah.. but bila ada pengumuman di buat kat tv brunei.. orang brunei dah memang target sultan nak umum tentang cerai cuz heboh kat fb and twitter before berita di siarkan pukul 8 semalam,,,
 some said, azrinaz copy tandatangan sultan, curi barang kat istana, tamak, ada scandal dengan someone.. but biasalah cerita2x orang.. tak tau mana yang betul,,,
  4) Anonymous said…
    dengar citer bekas isteri gila harta & mengambil brg tanpa izin sbb tu Sultan tak suker.,.
    Saya tidak berani untuk membuat andaian.,, Sebagai seorang Sultan/Pemerintah negara saya rasa dia tentu ada sebabnya yang tersendiri. Lambat laun perkara sebenar akan diketahui juga kan bak kata pepatah Bangkai Gajah tidak dapat ditutup dengan nyiru. Jadi, kita tunggu dan lihat la saja.,,,
Bukan mudah menjadi seorang sultan ,,,.Walaupun kaya,mewah dan semua kemahuan dipenuhi, namun semua perkara juga menjadi bualan.,,,
   Tidak mudah juga menjadi Isteri kedua Sultan,,. Banyak peraturan yang perlu diikuti. Saya tidak mahu menuding jari kerana tiada bukti yang sah siapa yang betul ataupun salah. Wait and See, kebenaran dan sebab sebenar pasti muncul nanti.,,,
Kita dengar kisah Isteri kedua Sultan Brunei diceraikan namun kita mungkin tidak sedar apa kisah duka saudara mara atau jiran sebelah rumah.,,,
walau apa pun cik puan sangat penyayang orgnya...

Azrinaz masih tinggal di istana Brunei

Azrinaz Mazhar Hakim


KUALA LUMPUR 23 Julai 2010 – Bekas isteri Sultan Hassanal Bolkiah, Azrinaz Mazhar Hakim Mazhar masih berada di salah sebuah istana di Brunei dan tidak dibenar meninggalkan negara itu sehingga tamat tempoh idah.
Menurut sumber yang boleh dipercayai, selepas idah, Azrinaz berkemungkinan menetap di London atau Australia dan mungkin juga kembali ke tanah air.
‘‘Itu semua bergantung kepada kehendak beliau sendiri.
‘‘Di tanah air, keluarga Azrinaz kini menetap di Shah Alam dan bukannya di Bukit Antarabangsa, Ampang seperti dilaporkan,’’ katanya ketika menghubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Akhbar ini hari ini, menyiarkan artikel tentang spekulasi di mana Azrinaz berada sejak diceraikan Sultan Brunei, bulan lepas.
Ada yang menyatakan beliau kini menetap di istana hinggap Sultan Brunei di London dan tidak kurang desas-desus bahawa bekas personaliti TV3 itu sudah kembali ke tanah air dan menetap bersama keluarganya.
Pengiran Muda Abdul Wakeel Bolkiah 4 , & Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah 2 , mereka berdua merupakan anak ke-12 & 13 kepada Sultan Hassanal Bolkiah. Bondanya adalah Azrinaz Mazhar Hakim
Menyentuh soal penjagaan anak, sumber itu memberitahu kedua-dua cahayamata pasangan itu akan dijaga sepenuhnya oleh pihak istana.
Sumber itu turut menafikan laporan sebelum ini yang menyatakan Azrinaz diberi pilihan untuk menjaga salah seorang daripada dua anaknya itu.
Tegas beliau, laporan yang menyatakan Azrinaz memilih untuk menjaga anak keduanya iaitu Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, 2, adalah tidak benar sama sekali.
‘‘Sekiranya selepas tempoh idah iaitu sekitar September ini, Sultan Brunei tidak rujuk, Azrinaz bukan sahaja terpaksa meninggalkan istana malah tidak akan dapat hak penjagaan kedua-dua anaknya kerana mereka adalah waris Sultan Brunei,’’ katanya.
dan pastinya yang comel2 ini adalah anakanda kepada .....
Dalam pada itu, pelbagai pihak lain seakan-akan ‘mengunci mulut’ daripada membicarakan mengenai bekas isteri kedua Sultan Brunei itu.
Cubaan Utusan Malaysia mendapatkan maklumat tentang di mana Azrinaz daripada Istana Nurul Iman dan Kedutaan Malaysia di Brunei tidak berjaya selepas kedua-duanya enggan memberikan sebarang respons.
‘‘Maaf, kami tidak tahu di mana beliau (Azrinaz) berada. Kami tidak dapat memberikan penjelasan lanjut kerana ini melibatkan tampuk pemerintahan,’’ kata salah seorang pegawai Istana Nurul Iman hari ini.
Sementara itu, pegawai Kedutaan Malaysia di negara tersebut juga memberikan alasan sama dan enggan mengeluarkan sebarang kenyataan.
Malah beberapa rakan karib Azrinaz juga enggan mengulas ke mana bekas rakan sekerja mereka itu menghilang.
“Tiada komen,” itu jawapan ringkas rata-rata mereka apabila ditanya berkenaan Azrinaz atau panggilan mesranya Naz.
Masing-masing mengakui kali terakhir mereka berhubungan adalah ketika wanita itu diceraikan sekitar bulan lalu.
Malah, ada yang memberitahu perkhidmatan telefon bimbitnya telah ditamatkan sejurus berita mengenai perceraian tersebut tersebar.
Sultan Brunei, 63, diijabkabulkan dengan Azrinaz, 31, pada 20 Ogos 2005 dalam satu majlis tertutup di ibu kota.
Pasangan itu bercerai talak satu 
Selain Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang putera, Pengiran Muda Abdul Wakeel, 4.
Benarkah sebagaimana yang tersebar?
Kini Istana Baginda menjadi buah cerita, apakah benar berita yang di dengar dari sumber, Mantan isteri Baginda, Azrinaz Mazhar Hakim sukar bertemu kedua puteri dan puteranya. Pihak Istana seolah-olah sengaja melakar jadual agar Ibu kepada anaknya sendiri terpisah jauh setiap kali tiba jadual lawatan yang dijanjikan, yang dipersetujui dan termeteri.
Tujuh hari sebulan, itulah kandungan penting dalam 'perjanjian perpisahan' yang dipersetujui oleh Azrinaz demi dapat hilangkan rindu pada sang "baby".

Apakah Sultan tahu akan perkara ini ?
Apakah pegawai Istana cuba keruhkan suasana ?
Tiap kali jadual bertemu dengan permata hati, ada saja alasan diberi, kedua permata hati di bawa jauh ke benua lain kononnya bercuti sedangkan itulah masa lawatan yang diberi. 
Malah pernah hingga ke Kota London kedua anaknya bercuti di hari Azrinaz tiba untuk mengubat rindu di hati.

 Bekas wartawan penyiaran TV3, Azrinaz Mazhar Hakim kini semakin menjadi tumpuan ramai terutama di majlis korporat mahupun majlis makan malam.
Tertarik dengan gambar yang dikongsikan olehnya di Instagram yang begitu anggun, mewah dan cukup bergaya.
Menggayakan rekaan baju-baju terkini dan warna yang sesuai dengan personalitinya membuatkan Azrinaz berada diliganya tersendiri.
Walaupun memegang status ibu tunggal, namun tidak menghalang dirinya untuk menceburi bidang keusahawanan dalam industri telekomunikasi iaitu Clixster Mobile.
Azrinaz yang memegang jawatan sebagai pengarah syarikat dan difahamkan pengguna talian Clixster telah mencecah lebih 200 ribu orang pengguna.
Teringat lagi ketika beliau membuat lintas langsung sebagai wartawan TV, boleh terpaku melihatnya yang petah berkata-kata dan menghuraikan fakta-fakta penting buat penonton.
Dengan kesempatan ini, dikongsikan kepada anda antara gambar-gambar Azrinaz yang mesra aksinya di depan kamera.
Tuah Ayam Nampak Di Kaki, Tuah Manusia Tiada Siapa Yang Tahu

Dapatkan cerita terbaru terus ke facebook anda dengan like page kami....terimakasih
loading...

0 Response to "Azrinaz Mazhar Hakim Tetap Hidup Mewah Dan Bergaya Walaupun Selepas Di Cerai Sultan Berunai"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close