Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) , akhirnya merungkai kejadian misteri penghadang kayu yang bergerak sendiri di sebuah masjid di Kampung Tedong.

loading...



Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) , akhirnya merungkai kejadian misteri penghadang kayu yang bergerak sendiri di sebuah masjid di Kampung Tedong.



MELAKA  - Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) akhirnya merungkai kejadian misteri penghadang kayu yang bergerak sendiri di sebuah masjid di Kampung Tedong dan pihaknya mengesahkan kejadian itu disebabkan oleh faktor angin dan keadaan fizikal.
Menurut Ketua Penguatkuasa JAIM, Rahimin Bani, siasatan awal yang dijalankan di lokasi mendapati penghadang kayu itu boleh bergerak sendiri kerana ia mempunyai roda dan diletakkan di ruang terbuka.
" Pihak JAIM telah menjalankan siasatan di masjid tersebut dan kami mendapati penghadang kayu itu boleh bergerak sendiri apabila angin kuat kerana ia mempunyai roda.
" Selain itu, permukaan lantai yang licin juga adalah faktor utama penghadang kayu tersebut mudah bergerak mengikut arah angin ," katanya sebagaimana lapor Kosmo.
Bagaimanapun, beliau tidak menafikan kewujudan jin dan terdapat golongan jin yang berupaya meminda atau menggerakkan benda secara fizikal.
"T erdapat golongan jin yang boleh menggerakkan barang iaitu jin Ifrit. Jin ini juga boleh menjelma sebagai manusia dan mengeluarkan api seperti yang berlaku pada zaman Nabi dan Rasul.
"Selain jin Ifrit, ada juga jin-jin lain namun golongan itu tidak begitu kuat dan kebiasaannya mengganggu manusia dengan bunyi guli dan mengetuk," katanya. - Siakapkeli.my SUMBER : http://ift.tt/1r7Yr4K 
loading...

0 Response to "Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) , akhirnya merungkai kejadian misteri penghadang kayu yang bergerak sendiri di sebuah masjid di Kampung Tedong."

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close