Lelaki Ini Guna UBER Dari Putrajaya Sebelum TERKEJUT Mengetahui Identiti Pemandunya !!!

loading...
Lelaki Ini Guna UBER Dari Putrajaya Sebelum TERKEJUT Mengetahui Identiti Pemandunya !!! | Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Abdul Wahid Omar dilihat menjadi pemandu UBER, sebuah syarikat perkhidmatan kereta sewa menggunakan aplikasi atas talian.
1
Firdaus Fadzil, pengguna aplikasi UBER pada mulanya tidak menyangka kereta yang ditempah olehnya adalah milik Abdul Wahid.
“Aku tak perasan dia sebenarnya. So, on the phone to provide my exact location, I addressed him as “ABANG”. LoL”
Firdaus menaiki kereta Abdul Wahid daripada Putrajaya ke KL Sentral. Beliau turut merasakan dirinya bertuah dengan kejadian pada hari itu.
“I felt lucky. Tadi gi Putrajaya naik honda city. from Putrajaya gi KL sentral naik Perdana baru. Best best.”
Menurut Pengarah Eksekutif INSKEN, Norizan bin Shariff, Abdul Wahid membuat keputusan menjadi pemandu UBER selama 3 hari bertujuan untuk cuba memahami denyut nadi rakyat sebelum ke tanah suci Mekah.
2
“Sebentar tadi berbuka puasa dan bertarawikh dengan pemandu Uber, Tan Sri Abd Wahid Omar. Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan bekas CEO Kumpulan Maybank itu beritahu, hari ini dia dapat lapan orang penumpang. Saya cuba memahami denyut nadi rakyat,” kata beliau yang berasal dari keluarga susah. Beliau menjadi pemandu Uber selama tiga hari sebelum menunaikan umrah di tanah suci.
Abdul Wahid dijangka kembali ke sektor korporat setelah perkhidmatannya sebagai anggota Dewan Negara dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berakhir pada 4 Jun lalu. KREDIT Firdaus Fadzil via The Alternatif.
loading...

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close