loading...
Luahan Hati Seorang Penonton Drama Hello Mr Perfect
Drama Hello Mr.Perfect yang disiarkan di slot Akasia TV3 telah pun tamat kelmarin. Ia ialah antara drama Akasia yang paling banyak mendapat kritikan kerana lakonan pelakon-pelakon utamanya Fattah Amin dan Nur Ruhainies yang dianggap ‘kayu’, jalan cerita yang membosankan dan tidak berfaedah serta runut bunyi yang dianggap ‘annoying’.
Malah, tajuk drama itu juga menjadi bahan kutukan Netizen.
Namun begitu, melalui Kosmo! penerbit drama tersebut Zaidah Awang atau lebih dikenali dengan nama A. Aida memberitahu dia tidak kisah drama itu dikutuk dan menganggap ia perkara biasa:
Namun begitu, melalui Kosmo! penerbit drama tersebut Zaidah Awang atau lebih dikenali dengan nama A. Aida memberitahu dia tidak kisah drama itu dikutuk dan menganggap ia perkara biasa:
Saya tidak kisah apa orang nak kata. Apa yang penting drama tersebut meletup dan mendapat sambutan peminat. Menariknya, bukan sahaja drama berkenaan menjadi bualan tetapi lagu temanyanya Sorry Sorry Sayangku yang liriknya dihasilkan saya turut menjadi hit dalam kalangan penonton. Sejak mula berkecimpung dalam dunia seni, saya percaya kepada rezeki. Lagi dikutuk, saya yakin semakin Tuhan akan menyebelahi saya.
Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Orang ramai juga mempersoalkan pemilihan pelakon-pelakon utama drama itu yang dianggap gagal membawakan watak dengan baik. A. Aida bagaimanapun mempunyai justifikasi sendiri.
Beginilah. Kalau tidak diberikan peluang kepada pelakon-pelakon baharu, bagaimana industri mahu melahirkan lebih ramai pelakon yang berkualiti? Jadi, saya berikan peluang kepada sesiapa yang berpotensi untuk diketengahkan sebagai pelakon. Lagipun, bagi saya dalam apa jua perkara perlu ada yang baharu dan lama.
Walaupun sudah tamat siaran Hello Mr. Perfect masih diperkatakan sehingga ke hari ini. Mungkin Fattah dan Ruhainies memerlukan masa untuk mengasah bakat mereka dalam bidang lakonan walaupun wajah masing-masing ada nilai komersil.
Cuma mungkin orang ramai mengharapkan drama A. Aida menampilkan jalan cerita yang lebih kreatif, tidak klise dan membina serta dekat dengan masyarakat di masa hadapan.
loading...
0 Response to "A. Aida Tidak Kisah Dramanya Dikutuk, Janji Meletup"
Post a Comment