TMJ Terima Jemputan Presiden Real Madrid

loading...
Tunku Ismail Sultan Ibrahim
KUALA LUMPUR – Penaung Diraja Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Real Madrid CF, Florentino Pérez.
Laman Facebook rasmi Harimau Selatan, Johor Southern Tigers dalam satu kenyataan berkata, baginda berkenan mengadakan kunjungan hormat itu selepas menerima jemputan daripada Pérez.
“Tunku Ismail akan berlepas ke Sepanyol pada 3 Disember 2015 bagi lawatan kerja, untuk meluaskan jaringan usahasama JDT dengan kelab-kelab gergasi dunia.
“Lawatan kerja dimulakan dengan perjumpaan bersama pemilik dan pengurusan kelab Valencia CF. Seterusnya mesyuarat bersama pengurusan FC Barcelona, kemudian kunjungan hormat atas jemputan Presiden Real Madrid CF,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, Tunku Ismail turut dijadualkan bertemu Presiden Paris St. Germain, Naseer Al-Khelaïfi untuk membincangkan peluang menjalinkan jaringan usahasama dengan kelab gergasi Eropah tersebut.
Johor Southern Tigers bagaimanapun menegaskan kerjasama JDT dengan kelab Jerman, Borussia Dortmund masih diteruskan. – mynewshub.cc
loading...

0 Response to "TMJ Terima Jemputan Presiden Real Madrid"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close