loading...
Pelakon popular Hollywood, Charlie Sheen semalam membuat kenyatan rasmi bahawa dia menghidap HIV positif yang menggemparkan industri hiburan dan seluruh Hollywood.
Charlie Sheen merupakan pelakon drama TV hollywood paling mahal dengan bayaran AS$ 1.8 juta untuk satu episod dalam rancangan drama komedi Two And A Half Men.
Keberanian dan kejujuran Sheen ketika mendedahkan hal berkenaan dalam sebuah program secara live membuatkan ramai terpaku dan menjadi viral.
Sheen akui kini tidak perlu lagi hidup dalam kepura-puraan. Bahkan pelakon itu ternyata lega selepas membuat pengumuman itu.
Malah dia juga tidak perlu menutup lagi mulut sesetengah orang yang cuba mengambil kesempatan terhadap penyakitnya itu dengan mengugutnya bagi mendapatkan wang.
Selama ini ada pihak yang berusaha menjual foto dan berita mengenai keadaannya, tetapi ia tidak berlanjutan kerana Sheen memberikan mereka wang bagi menutup mulut dan membayar wang ugutan sebanyak AS$ 10 juta.
Ini komennya:
"Saya harus menghentikan semua serangan dan hal yang ditokok tambah ini. Kini saya rasa seperti bebas keluar dari penjara,"
"Ketika saya berdepan dengan kemelut diri ini, saya sendiri tak sangka teman yang dipercayai akhirnya menjadi seperti pengkhianat hingga sanggup memeras ugut.
"Saya mempercayai mereka dan fikir mereka ini boleh membantu.
Tetapi yang jadi adalah sebaliknya. Ada yang mengambil gambar ubat-ubatan saya untuk menjualnya ke akhbar,"
"Ketika saya berdepan dengan kemelut diri ini, saya sendiri tak sangka teman yang dipercayai akhirnya menjadi seperti pengkhianat hingga sanggup memeras ugut.
"Saya mempercayai mereka dan fikir mereka ini boleh membantu.
Tetapi yang jadi adalah sebaliknya. Ada yang mengambil gambar ubat-ubatan saya untuk menjualnya ke akhbar,"
Sheen memberitahu dia mula didiagnosis mengidap penyakit berkenaan sekitar empat tahun lalu dan dalam tempoh itu dia cuba menyembunyikan hakikat itu daripada mata umum dan pihak media.
Bagaimanapun sehinggalah menerusi laman Radar Online yang menulis berita mengenai seorang aktor terkenal Hollywood positif HIV bertebaran, Sheen akhirnya bangkit mendedahkan kebenaran yang cukup pahit itu. - Agensi
loading...
0 Response to "PENGAJARAN BUAT SEMUA Pelakon Popular Akui Hidapi HIV Positif HIDUP MESTI AMANAH PADA DIRI DAN JUGA ALLAH"
Post a Comment