loading...
Jika anda peminat setia Emma Maembong dan salah seorang pengikutnya di Instagram, pasti anda mengetahui baru-baru ini beliau dan adik- beradiknya berada di kota London untuk melihat perlawanan gusti WWE secara langsung di Manchester. Malah, Emma juga keluarganya turut menggunakan kesempatan tersebut untuk berkunjung ke Paris pula.
Namun, timbul sedikit keresahan di hati peminat beliau tentang keselamatan Emma di sana selepas dunia dikejutkan dengan serangan berdarah di Paris yang setakat ini sudah mengorbankan lebih daripada 100 nyawa pada hari Jumaat lalu.
Emma bersama adiknya, Chacha serta kakak dan abang ipar iaitu Yaya Maembong dan Wan Raja sudah selamat pulang ke tanah air pada hari Rabu lepas.
"Alhamdulillah, saya dan ahli keluarga lain selamat sahaja kerana kami sudah pulang sejak tiga hari lalu malah sekarang pun sudah mula kembali bekerja," katanya.
Mengetahui berita tentang kes tembakan dan letupan yang berlaku di dewan konsert Bataclan Paris, Wan Raja meluahkan rasa syukur mereka tidak terlibat dengan insiden tersebut.
"Alhamdulillah, kami sudah balik dari bercuti. Kami ke sana pada 2 hingga 10 November untuk bercuti. Kami ke Paris sehari sahaja, selebihnya berada di London," ujarnya.
loading...
0 Response to "TAKZIAH !!! PADA MANGSA BOM Emma Maembong Dan Kakaknya TERHINDAR DARI Tragedi Pengeboman Di Paris"
Post a Comment