Tiada belas kasihan dari saya, kata besan Najib

loading...


Bella Belkin, seorang tokoh wanita yang cuba untuk mendapatkan bayaran untuk beg jenama Hermes yang dibeli oleh Maira Nazarbayeva, terkejut apabila wanita itu menggunakan nama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mengugut bagi mencederakannya.
Menurut dokumen mahkamah yang diperoleh Malaysiakini, keluarga Bella diancam oleh Maira sekurang-kurangnya tiga kali sejak Jun tahun ini.
"Hasil ancaman Maira berulang kali ke atas Bella dan (suaminya) Edward Belkin, keluarga itu bimbangkan keselamatan mereka dan juga anak-anak mereka," petik dokumen itu
Menurut dokumen mahkamah yang difailkan di Daerah Selatan New York, ancaman pertama, yang mana nama Najib digunakan berlaku ketika perbualan telefon pada 16 Jun tahun ini.
Dokumen itu mendakwa Maira berkata: "Anda tahu siapa anak saya! Beliau adalah menantu Perdana Menteri Malaysia.
"Kamu tahu apa yang boleh kami lakukan ke atas anda dan keluarga anda? Saya akan cederakan anda. Saya akan cederakan anda dan keluarga anda jika anda menyaman saya.
"Tahukah anda apa yang boleh saya lakukan dan mampu lakukan? Anda tahu apa yang saya lakukan di Kazakhstan dan saya akan lakukannya di sini ke atas anda. "
Anak Maira, Daniyar Kessikbayev, berkahwin dengan anak perempuan Najib Nooryana Najwa.
Bella, yang juga Presiden Samilor Enterprises, cuba untuk mendapatkan semula bayaran bagi tujuh beg tangan Hermes bernilai AS$ 401,912.50 (RM1.72 juta) yang dibeli pada 15 September 2014 dan 20 Januari 2015.
Pemfailan saman itu dibuat melalui firma guaman Lark B Stumer & Associates kerana kata Bella, beliau percaya ancaman Maira adalah benar rekod wanita itu sebelum ini.
“Ugutan itu menakutan Bella kerana pada masa itu beliau baru mengetahui apa yang Maira mampu lakukan dan dituduh berbuat demikian di Kazakhstan.
"Berdasarkan latar belakang itu dan maklumat bahawa Maira adalah atau pernah menjadi penjenayah antarabangsa diburu oleh polis Kazakhstan dan Interpol untuk pelbagai jenayah, termasuk penculikan, mengancam mencederakan fizikal untuk mendapatkan dana daripada rakan perniagaan serta mengugut untuk memaksa orang lain memindahkan harta.
"Banyak artikel yang ditulis tentang Maira mendedahkan bahawa dia mempunyai keupayaan dan kecenderungan untuk menjalankan ancaman mencederakan secara fizikal terhadap Bella dan keluarganya," kata dokumen itu.
Redakan ketegangan
Tiga bulan kemudian, suami Bella, Edward menghubungi Maira melalui telefon untuk cuba meredakan ketegangan.
Edward kemudian bertemu dengan Maira dan Daniyar pada 30 September di rumah mereka di Alpine, New Jersey.
"Dalam pertemuan itu, Edward meminta Maira jika beliau boleh membayar baki tertunggak tetapi Maira terrus mengugut. ‘Saya tidak akan bayar apa-apa. Anda tahu apa yang boleh saya lakukan. Anda tahu apa yang saya lakukan di Kazakhstan. Saya akan cederkana anda dan keluarga anda," petik dokumen itu.
Pemfailan dokumen mahkamah itu juga berkata Maira mengeluarkan ancaman ketiga terhadap Belkins dalam siri mesej teks pada 27 Oktober lalu selepas beliau mendapat tahu bahawa mereka mahu menyaman beliau.
Salah satu mesej teks berbunyi: "Anda tidak ganggu saya dan saya tidak akan ganggu anda, sekarang saya berdiam diri tetapi anda pula tidak. Jadi jangan harapkan belas kasihan dari saya, kosnya tinggi."
Dokumen mahkamah itu juga menyatakan: "Bagi maksud penjelasan, 'kos tinggi’ adalah ungkapan dalam bahasa Russia yang merupakan ancaman kecederaan fizikal ataupun menyebabkan kematian.
"Ia tidak berkaitan dengan kos monetari atau kewangan seperti maksudnya dalam bahasa Inggeris."
Berikutan ancaman tersebut, Belkins memfailkan aduan jenayah kepada polis tempatan dan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).
Bella juga memfailkan saman sivil terhadap kedua-dua Maira dan Daniyar pada Rabu lalu.
Malaysiakini telah menghubungi Pejabat Perdana Menteri dan sedang menunggu reaksi.
loading...

0 Response to "Tiada belas kasihan dari saya, kata besan Najib"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close