Serangan di Paris, sekurang-kurangnya 150 maut

loading...
[Dunia] Rejim Terrorist lahanat Yahudi laknatullah punca Paris diserang- Dr.Mahathir
Serangan di Paris, sekurang-kurangnya 150 maut
 PARIS: Sekurang-kurangnya 153 orang maut dalam beberapa siri tembakan serentak di bandaraya Paris pada Jumaat, termasuk letupan di luar Stadium Nasional di mana satu perlawanan bola sepak sedang berlangsung.
Polis berkata kebanyakannya menjadi korban di Dewan Konsert Bataclan di tengah Paris, kira-kira 200 meter dari bangunan bekas ibu pejabat Charlie Hebdo di mana serangan anggota kumpulan jihad berlaku pada Januari lalu.
Polis turut memberitahu terdapat tebusan ditahan di lokasi itu yang terkenal sebagai pusat hiburan pada waktu malam.
Tiga maut berhampiran Stadium Stade de France yang terletak di utara bandaraya berkenaan, di mana sedang berlangsungnya satu perlawanan bola sepak antarabangsa.
 Seorang wartawan AFP melaporkan dua letupan kedengaran di stadium itu.
Presiden Perancis, Francois Hollande telah dibawa keluar dari stadium berkenaan sebelum perlawanan tamat.
Penonton dibawa keluar melalui tiga pintu utama.

Satu lagi serangan dilaporkan di sebuah restoran makanan Kemboja, Petit Cambodge, tidak jauh dari Bataclan.
Siasatan awal telah dimulakan.
Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo, menasihatkan orang ramai untuk tinggal di rumah.
Perancis sebelum ini diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga selepas serangan ke atas Charlie Hebdo pada Januari.
Angka rasmi menunjukkan lebih dari 500 orang pejuang Perancis kini bersama kumpulan IS di Syria dan Iraq, manakala 250 orang telah dibawa pulang dan kira-kira 750 pula menyatakan keinginan untuk ke sana.
Kerajaan Perancis minggu lepas mengumumkan akan mengembalikan prosedur pemeriksaan di sempadan sebagai satu langkah keselamatan sempena perbincangan berkenaan iklim anjuran PBB yang akan berlangsung di Paris, hujung bulan ini.
loading...

0 Response to "Serangan di Paris, sekurang-kurangnya 150 maut"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close