loading...
Kenapa Seorang Doktor Tidak Boleh Menipu Seorang Engineer?| ikuti kisah benar ini selanjutnya.
Kenapa Seorang Doktor Tidak Boleh Menipu Seorang Engineer?
Tersebut lah kisah, di dalam sebuah belantara konkrit Malaysia, tercampak seorang Engineer yang sudah beberapa tahun menganggur. Walaupun dia mempunyai kelulusan ijazah daripada luar negara, namun, hakikatnya dalam negara kita, Malaysia, pekerjaan mengikut minat sudah hampir tidak relevan. Kita belajar bidang sains kimia, tapi dapat kerja jual top-up kat kedai Celcom saja. Setelah beberapa tahun si Engineer ini menggangur, akhir dapat idea untuk ''scam'' orang.Maka dipendekkan cerita, Si Engineer ini akhirnya membuka sebuah klinik kesihatan dan memaparkan papan tanda dan banner yang bertulis ''Kami Mengubati Segala Penyakit Anda dengan Hanya RM500, jika Penyakit Anda tidak berjaya disembuhkan kami refund anda dengan RM1500!
Seorang doktor melihat banner yang diiklankan. Terlintas di hatinya bahawa ini adalah peluang terbaik untuk mendapatkan ''durian runtuh'' sebanyak RM1500.
Maka pergilah seorang doktor ini ke klinik kesihatan yang dibuka si Engineer tadi:-
[Situasi Perbualan]
Doktor : Saya dah hilang deria rasa saya, :'(
Engineer: ''Nurse', tolong ambilkan ubat dalam kotak 30, dan dan titiskan ubat itu 3 titik atas lidah pesakit.
[setelah dititis ubat]
Doktor : INI MINYAK LINTAHHHH!!!!
Engineer: ''tahniah, anda baru sahaja mendapat deria rasa anda semula, jadi bil untuk perubatan tadi RM500.
Dengan rasa panas hati, Si Doktor pulang ke rumah untuk kumpulkan duit untuk kembali semula ke klinik itu.
Beberapa hari kemudian, si doktor datang kembali ke klinik Si Engineer itu tadi tetapi memikirkan masalah dan penyakit yang lain dan berbeza.
Doktor: Saya hilang ingatan, saya sudah tidak ingat apa-apa lagi :'(
Engineer: ''Nurse, ambilkan ubat daripada bekas 33 dan titiskan 3 titik ke dalam mulut pesakit!
Si Nurse tadi pun memasukkan ubat ke dalam mulut doktor tadi sebanyak 3 titik.
TAPI ITU MINYAK LINTAH!!!!! bentak keras doktor itu tadi.
Engineer: Tahniah!! Awak sudah mendapat ingatan awak semula. Jadi bil untuk ubat ini semuanya RM500.
Si Doktor tadi pulang ke rumah dengan bengangnya. Dia berazam untuk kumpul RM500 dan kembali semula untuk mengenakan si Engineer tadi.
Dipendekkan cerita walaupun cerita ini masih panjang, si doktor pergi ke klinik si Engineer buat kali ke-3 nya. Kali ini si doktor mereka alasan dan penyakit yang difikirnya tidak mampu disembuhkan oleh si Engineer.
Doktor: Pandangan mata saya jadi kaburlah, apa ubatnya? :'(
Engineer: Hmm, baiklah, kali ini,penyakit ini tidak dapat saya sembuh kan. Ambillah RM1500 seperti mana yang saya janjikan sambil menghulurkan duit berjumlah RM500.
Doktor: ''Tapi ini baru RM500''?
Engineer: Tahniah, anda baru sahaja sembuh daripada penyakit mata kabur! Jadi caj bil ubat sebanyak RM500. :P
loading...
0 Response to "Kenapa Seorang Doktor Tidak Boleh Menipu Seorang Engineer"
Post a Comment