"Duit Hantaran Kurang" Bakal Pengantin Reka Cerita Kena Samun

loading...
“Duit Hantaran Kurang” Bakal Pengantin Reka Cerita Kena Samun|Tindakan seorang lelaki yang tidak cukup wang hantaran membuat laporan polis palsu me­ngatakan wangnya berjumlah RM8,000 telah disamun memakan diri apabila didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.
Majistret Zuhair Rosli menjatuhkan hukuman itu ke atas tertuduh, Mohd. Fizree Awaludin, 30, apabila dia mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadap­nya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.
Lelaki terbabit didakwa memberi maklumat palsu kepada Inspektor Salwati Abdullah di pejabat pegawai penyiasat jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol pada pukul 3.45 petang, 7 Mac lalu.
Berdasarkan fakta kes, ketika disoal siasat oleh pegawai polis, tertuduh me­ngaku sengaja membuat laporan palsu disamun oleh empat lelaki. Laporan itu sengaja dibuat disebabkan masalah peribadi.
Bagi kesalahan itu, Mohd. Fizree didakwa di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda maksimum RM2,000, atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dilaku­kan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Azriff Firdaus Mohamad Ali, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Pihak pendakwaan memohon mah­ka­mah mengenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran. Bagaimanapun, tertuduh dalam rayuannya memohon agar denda ke atasnya dikurangkan kerana baru melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya pada 12 Mac lalu
loading...

0 Response to ""Duit Hantaran Kurang" Bakal Pengantin Reka Cerita Kena Samun"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close