Kisah Gadis Kaunter KFC Yang Rindukan Bapanya

loading...
Kisah Gadis Kaunter KFC Yang Rindukan Bapanya - Fokus@CARI


KANDUNGAN INI AGAK SAYU JIKA DI BACA,YG MASA TERINGAT  PELUK AYAH TU MEMANG GERENTI BASAHH YG DAH KEHILANGAN AYAH RASA SEBAK SANGAT
Oleh Adib Za

HIASAN DARI GOOGLE
Kasih seorang bapa, sampai bila-bila tak mungkin dilupakan walaupun mereka sudah tiada. 
Bagaimana kudrat lelaki itu berkorban apa sahaja untuk membahagiakan anak-anak dan juga isteri. Bagi yang dapat melihat, maka berbahagialah mereka. ya, ini pasti. 
Namun, bagi mereka yang sudah kehilangan seorang bapa, apa yang boleh dilakukan hanyalah doa agar ditempatkan di kalangan orang soleh.
Bagi seorang netizen ini, semangat merindukan bapanya semakin membuak-buak bila menyaksikan satu situasi yang benar-benar sama terjadi kepadanya sewaktu kecil. 
Aishah Hasan bercerita tentang pengalamannya bekerja di restoran KFC dua tahun lalu. Seorang pakcik yang nampak sedang mengira-ngira duitnya mahu memesan dua ketul ayam goreng untuk anaknya. 
Namun, wang yang tak mencukupi menyebabkan dia tak mampu membeli satu set hidangan sehingga menyebabkan anak kecil itu menangis. 
Peristiwa itu mengingatkan netizen ini dengan zaman kanak-kanaknya bila ayahnya tak cukup duit nak membelikan dia satu set hidangan KFC. 
Gambar hiasan. (Sumber foto: Carian google)
Tanpa berfikir lebih lanjut, Aishah segera menghulurkan dua set hidangan buat dua beranak ini. 
"xpe pakcik, sy belanje.. sy halalkn.." pakcik tu cium duit die n ucap trm ksh byk2.. die suh ank die slm sy, trus die beredar.. sy trus duduk menyorok bwh kaunter tu n nagis. 
Netizen ini berharap yang anak itu bakal membalas jasa ayahnya pada masa akan datang sambil berkata, "Saya rindukan arwah abah..". Memang habuk masuk mata sangat untuk status yang ini. - CARI Infonet
loading...

0 Response to "Kisah Gadis Kaunter KFC Yang Rindukan Bapanya "

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close