PERGHHH ISU PEDASS MELETOP TERDEDAH !!!! Jangan burukkan lagi kakak saya Uqasha, pinta Nelydia

loading...
Nelydia Senrose (kiri) menggesa kontroversi sekitar kakaknya, pelakon Uqasha Senrose (kanan), dihentikan beliau juga terasa dengan kesan negatifnya. ― Foto ihsan Instagram/Nelydia SenroseNelydia Senrose (kiri) menggesa kontroversi sekitar kakaknya, pelakon Uqasha Senrose (kanan), dihentikan beliau juga terasa dengan kesan negatifnya. ― Foto ihsan Instagram/Nelydia Senrose
KUALA LUMPUR, 24 April ― Pelakon Nelydia Senrose mahu tuduhan jahat ke atas kakaknya segera dihentikan kerana ia bukanlah sesuatu yang membanggakan.
Nelydia, nama popular Nik Zaris Nelydia Senrose Nik Sen, berkata sebagai adik, pastinya beliau turut terasa dengan tuduhan liar yang dilemparkan kepada pelakon Uqasha Senrose.
“Saya tahu ada orang keliling yang sering membandingkan saya dengan Uqasha. Mereka mengatakan dia tidak baik dan saya sebaliknya.
“Terus terang, saya tidak gembira walaupun perkara baik dikaitkan dengan diri saya. Yang mereka katakan itu kakak saya.
“Buruk baiknya tentu saya akan rasa, ibarat cubit paha kiri, paha kanan juga terasa,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro hari ini.



Pelakon drama “Bukan Kerana Aku Tak Cinta” berkata sebagai adik-beradik beliau lebih memahami tingkah laku kakaknya, pelakon “Tundukkan Playboy Itu”.
Nelydia berkata pihak luar tidak memahami keadaan sebenar yang berlaku dan lebih cenderung menjatuhkan hukuman hasil pemerhatian di media sosial.  
“Adakah apabila mereka membuat perbandingan itu akan membuatkan saya berasa dihargai atau berbangga atas keburukan kakak saya yang sedang diperkatakan?
“Saya tidak suka kakak saya jadi jadi perhatian untuk benda negatif. Sebagai adik, saya tahu situasi sebenar yang berlaku,” beliau dilaporkan berkata.



Akhbar itu menyebut Uqasha ada hubungan dengan orang kenamaan dan sikapnya yang tidak disenangi tetapi laporan itu tidak menghuraikan isu-isu tersebut.
Ia juga melaporkan ada selisih faham antara beliau dua lagi pelakon “Tundukkan Playboy Itu”, Hafidz Roshdi dan tunangnya.
Blog-blog gosip tempatan sebelum ini sering menimbulkan pelbagai cerita, antaranya beliau berpakaian seksi atau cara berpakaiannya tidak sesuai dengan tudung.
Uqasha, yang akan muncul dalam teater “Ombak Rindu”, menafikan gosip beliau ke kelab malam dan menanggalkan tudung.
- See more at: http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/jangan-burukkan-lagi-kakak-saya-uqasha-pinta-nelydia#sthash.THkV26xo.dpuf
loading...

0 Response to "PERGHHH ISU PEDASS MELETOP TERDEDAH !!!! Jangan burukkan lagi kakak saya Uqasha, pinta Nelydia "

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close