loading...
ALLAHUAKBAR SUAMI TAK ENDAH KATAKATA ISTERINYA HINGGA SATU HARI ISTERINYA PERGI BUAT SELAMANYA BARU DIA SEDAR MENYESAL SUDAH TIDAK BERGUNA
ALLAHUAKBAR!!! Suami Tak Endah Kata-Kata Isterinya Hingga Satu Hari Isterinya Pergi Buat Selamanya Baru Dia Sedar….
Saya seorang suami dan ayah kepada seorang anak. Pada awal perkahwinan saya dan isteri, isteri saya selalu sangat membebel dan memarahi saya sebab saya tidak mahir menjaga anak.
Dia selalu suruh saya mandikan anak, kadang-kadang suapkan anak, buat susu anak, hantar anak ke pengasuh. Sampai suatu masa saya rasa macam saya pula yang kena buat semua kerja itu.
Saya tahu yang dia juga bekerja dan penat. Tetapi setiap kali dia memarahi saya, mesti dia akan berkata,
“Abang belajarlah jaga anak sendiri, buat susu dan sebagainya. Nanti kalau saya dah tak ada, senang boleh uruskan anak tanpa bantuan orang lain,” katanya.
Saya selalu tidak mengendahkan apa yang dia katakan itu. Sekarang, dia telah pun meninggalkan saya dan anak, pergi menghadap illahi.
Selepas ketiadaan dia, barulah saya faham apa yang dia ajar saya telah praktikan tanpa bantuan orang lain. Walaupun anak saya demam, saya mampu handle seorang diri. Semoga para suami di luar sana lebih menghargai isteri anda.
loading...