loading...
Hati terasa sayu membaca warkah si suami buat arwah isterinya yang telah pergi buat selama-lamanya. Hati mana yang tidak terusik dengan gambar-gambar yang dikongsi menunjukkan betapa kuat dan tabahnya seorang suami sanggup menjaga isterinya yang terlantar sakit.
Alangkah untungnya arwah mendapat suami yang baik seperti ini. Inilah yang dikatakan cinta teragung, hanya cangkul dan tanah sahaja dapat memisahkannya. Al-fatihah buat arwah isteri Aman Shah.
Assalamualaikum U guys. Hanya U guys and me sahaja kini. My dear sudah meninggalkan saya dan kita semua buat selama-lamanya pada 2 April lalu, jam 9.55 pagi ketika saya berada disisinya. Meninggalkan kita dan menuju ke tempat yang lebih baik, lebih selesa dan kini bersama-sama di dalam kelompok orang-orang yang mendapat keampunan Allah, rahmat Allah dan kasih sayang dari Allah. InshaAllah. Amin, amin, amin Ya Roballa'lamin.
Sehari sebelum itu, saya banyak menghabiskan masa bersama Gee. Berbeza dari dua hari sebelumnya. Pelukan, ciuman kasih dari suaminya ini tidak putus-putus saya berikan. Sehingga pada solat maghrib hati saya berkata dengan jelas.
"Selepas solat isyak nanti, pergi gunting rambut. Kemas-kemaskan janggut itu, siap-siap," kata saya dalam hati.
Memang saya pergi menguruskan apa yang saya katakan itu tanpa tertanya-tanya. Baik saja ke rumah selepas itu, saya terus menghabiskan masa semula dengan Gee. Bila saya usap dahinya, saya dapat rasakan dahi Gee lembab, bukan berpeluh. Hati ini berdebar sebentar. Tanda-tanda pemergian Gee sudah jelas. Saya membisikkan kalimah syahadah berulang-ulang kali di telinga Gee sehingga Gee tertidur dengan tenang sekali.
Keesokkan pagi, bila saya nak siapkan susu untuk Gee pada waktu yang tertera di atas, di depan mata saya Gee menarik nafas perlahan dan sungguh, sungguh tenang dua kali. Kemudian segala-galanya terhenti. Ibaratkan Gee telah mengucapkan 'Selamat Tinggal' buat selama-lamanya di dunia ini pada saya.
Terus saya memeluk lembut dan erat Gee. Saya ucapkan kalimah-kalimah yang sepatutnya, diiringi air mata yang tidak dapat ditahan lagi.
Selesai saya memeluknya, wajah dan badannya bagaikan bercahaya, seperti cahaya lembut dan sekali saya saya memeluk arwah isteri saya kembali.
Segala urusan jenazah sangat mudah dan terasa cepat sekali. Jam 3 petang, solat jenazah di Masjid Rasah dan kemudian ke Makam Tuan Hj Said, Seremban. Hanya saya yang menemani jenazah ketika berada di dalam van pada waktu itu.
Tiada apa yang dapat saya katakan pada waktu itu. Hanya sepi. Sampai sahaja di kawasan makam, tiba-tiba bau wangi mula terasa dalam van itu. Bila semakin hampir ke 'Rumah' Gee, bau wangi itu semakin kuat.
Terus saya berkata kepada arwah, "rupa-rupanya dear tak sabar-sabar nak ke rumah you yea,"
Saya tersenyum keseorangan apabila terasa di hati betapa bertuahnya arwah di sisi Allah. Bila tiba di ruang lahad itu, semua orang nampak betapa kemas dan kelihatan sangat bersih. Saya buka kain kapan di bahagian wajahnya untuk mencium tanah. Sekali lagi sangat cerah dan jelas kelihatan wajahnya tenang.
Salam terakhir saya bisikkan kepadanya. "Dear, awak tunggu saya yea. Pasti saya akan jumpa awak nanti. InshaAllah,"
Bertuah you dear. InshaAllah. Perginya awak meninggalkan perasaan rindu yang ikhlas di hati suami ini. Selamat tinggal sayang. Subhanallah.
loading...
0 Response to "KUCUPAN TERAKHIR SEORANG SUAMI"
Post a Comment