loading...
DUNGUN – Akibat tekanan perasaan, seorang pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah menengah bantuan penuh kerajaan di daerah ini nekad untuk membunuh diri dengan cuba terjun dari bangunan sekolah.
Natijahnya, dia terpaksa menanggung hukuman yang bakal dikenakan akibat perbuatan di luar kewarasannya itu.
![]() |
Gambar Hiasan |
Dia yang difahamkan anak ketiga daripada lima beradik itu bakal berdepan hukuman penjara atau denda.
Tertuduh yang sempat ditemui Sinar Harian selepas pendakwaan dilakukan ke atasnya berkata, dia melakukan perbuatan itu kerana gagal mengawal emosi selepas menghadapi masalah pelajaran dan keluarga.
“Saya menyesal melakukan kesalahan itu. Mungkin apa yang saya lalui ini merupakan pengajaran buat saya. Saya nasihatkan rakan-rakan lain agar tidak melakukan perbuatan ini kerana ia salah di sisi agama dan undang-undang,” luah gadis 14 tahun yang berhadapan dakwaan cuba membunuh diri itu.
Pelajar perempuan terbabit berhadapan dakwaan mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan.
Dia yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Dungun pagi semalam didapati melakukan perbuatan itu pada jam 9.10 pagi 6 Mac lalu.
Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih setahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Pelajar yang berasal dari Kampung Kuala Abang itu bagaimanapun mengaku bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Hazwanie Hussain Bustari.
Dia dikenakan jaminan sebanyak RM1,500 dan mahkamah menetapkan 24 Disember ini sebagai tarikh jatuh hukum sementara menunggu laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
loading...
Related Posts :
Gempar Ayat Al-Qur'an ‘Ghaib’ Di Masjid Hijau! Seorang naib kadi Pejabat Agama Islam Parit Buntar tidak menyangka dua muka surat ayat suci al-Qur'… Read More...
Alhamdulillah.. Setelah lebih sebulan berehat hari ni mula mengajar buat pertama kali di kelas pengajian dewasa Pusat Pendidikan Al Barakah pg td.Walau cuma sejam kerinduan pd Al Barakah dan semua pelajar terubat jgk. Cuma penat sikit je yg belum settle yg lain dah ok. Syukur. Alhamdulillah.. Setelah lebih sebulan berehat hari ni mula mengajar buat pertama kali di kelas peng… Read More...
KISAH HIDUP SHARUL ANUAR( SUSPEK KES CURI DI LOW YAT) PASTI BUAT ANDA TERKEJUT KISAH HIDUP SUSPEK KES CURI DI LOW YATDia mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini ata… Read More...
PEDASS BEBB!!! PAILING NIE BERTUDUNG , MULUT TEMPAYANG BOLEH LE TUDUNG MULUT MANUSIA MANA BOLEH TUDUNG KUALA LUMPUR 19 April - Pelakon jelita Rozita Che Wan, 43, membidas netizen yang memberi kome… Read More...
Admin Page Facebook Tudung Fareeda Dikecam Kerana Dianggap Riak, Bodoh dan Bajet Hebat APA ADMIN KATA JOM SELAK … Read More...