'Apa Salah Sultan Brunei? Kenapa Hina Sultan & Kacau Negara Kami?'

loading...
KUALA LUMPUR - Gara-gara menggunakan perkataan yang tidak sesuai bagi mengambarkan kekayaan dan secara tidak langsungnya melemparkan tuduhan tidak berasas terhadap Sultan Brunei, seorang doktor 'Facebook' dikecam netizen terutamanya rakyat Brunei. 
Status 'Bonus Raya' yang diterbitkan pada 11 Jun lalu, pada asalnya hanya mahu membandingkan 'keprihatinan' Kerajaan Malaysia memberikan Bantuan Khas RM500 kepada penjawat awam yang melibatkan peruntukan sebanyak RM1 bilion.
Namun, dakwaan yang mengatakan Sultan Brunei yang kaya 'nak mampus' itu langsung tidak memberikan 'bonus' kepada penjawat awam di negara itu, mencetuskan kemarahan rakyat Brunei. 


"Saya ingatkan dia memberi komen yang positif, tetapi dia menghina negara kami. Dan tidak perlulah kami tunjukkan kepadanya apa yang Sultan Brunei telah lakukan untuk rakyatnya. Sebagai rakyat Brunei, kami tidak pernah mempersoalkannya dan kami percaya Sultan kami selalu memberikan yang terbaik untuk negara kami. Untuk makluman, di Brunei bukan hanya ada dua universiti seperti yang didakwa doktor berkenaan," kata T-qah Pha
"Siapa budak A**** R***** ini? Kalau berani, datanglah ke Brunei. Talk to us like a man. Mulut dia macam longkang. Jangan sesuka hati menghina negara kami Brunei Darussalam dan kepimpinan raja kami. Jangan hanya berani di dalam Facebook sahaja," kata Erwan Malai Hasim
"Kita di negera Brunei Darussalam diberikan tambang haji percuma bagi kakitangan kerajaan dan para muallaf secara percuma. Malahan, dikurniakan wang saku B$2,000 setiap seorang sebelum berangkat ke Baitullah. 
"Belum lagi yang lain seperti wang tunai tambang percuma melancong ke Asean setiap 4 tahun, wang untuk warga tua, anak yatim, balu, janda dan banyak lagi. Tak hebatkah itu? Kita sangat bersyukur atas nikmat yang dikurniakan," kata Mike

Bagaimanapun, dalam kemaskini pada 14 Jun lalu di posting yang sama, doktor berkenaan tampil memberikan penjelasan.
"Sebelum ini saya ada gunakan perkataan Sultan Brunei 'kaya nak mampus' di dalam status di atas. Kaya nak mampus bermaksud kaya yang amat atau kaya sangat mengikut dialek orang Malaysia terutama kawasan selatan Semenanjung. 
"Malangnya status harmless saya ini disalahertikan oleh golongan-golongan jahil dan sesetengah warga asing. Oleh itu saya gantikan perkataan 'kaya nak mampus' tersebut dengan 'kaya yang amat' bagi mengelakkan salah faham dan manipulasi oleh golongan yang jahil," katanya. 
Malangnya tindakan itu sudah terlambat kerana seorang wanita tampil membuat aduan secara bertulis yang dihantar ke Hospital Melaka. 
Berdasarkan surat maklumbalas dari pihak hospital berkenaan menyatakan mereka akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan tersebut.
Meskipun sudah dijawab, netizen dari Brunei tetap menuntut pegawai perubatan berkenaan memohon maaf. Namun, sehingga kini tiada sebarang pemohonan maaf yang dibuat.
loading...

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close