Kisah Pelajar Mat Salleh Miskin Menyamar Muslim Untuk Makan Percuma Di Bulan Ramadan

loading...
Saya berkulit putih, seorang ateis (tak percaya tuhan) tetapi saya ada beberapa orang rakan Muslim. Saya terdengar mereka berbual tentang sebuah masjid berhampiran (bukan Masjid yang biasa mereka pergi) memberi makanan percuma bila matahari terbenam untuk mereka berbuka puasa


Semua ini bermula kira-kira dua minggu lepas. Disebabkan saya pelajar kolej yang miskin dan tak dapat makan sekerap manusia normal, saya rasa rindu untuk makan makanan yang sedap.
Saya berkulit putih, seorang ateis (tak percaya tuhan) tetapi saya ada beberapa orang rakan Muslim. Saya terdengar mereka berbual tentang sebuah masjid berhampiran (bukan Masjid yang biasa mereka pergi) memberi makanan percuma bila matahari terbenam untuk mereka berbuka puasa.

Malangnya, otak saya yang gemarkan benda percuma ini membuat keputusan untuk ambil kesempatan dari maklumat ini. Saya jumpa satu kalendar di laman web masjid tersebut dan dapat maklumat waktu sebenar mereka berbuka. Jadi saya bersiap dan pergi ke masjid itu tidak lama sebelum matahari terbenam. Kulit saya memang putih dan pucat kerana itu saya berdebar dan jantung berdegup kencang. Saya fikir, ‘saya pasti akan ditangkap, baliklah.’. Tapi saya cekalkan hati.
Bila saya tiba di sana, saya duduk di meja di mana ramai orang juga duduk untuk menunggu waktu makan. Saya tidak melihat mata sesiapa dan pada orang yang saya terpandang, saya ucapkan ‘Assalamualaikum’. Saya sangat takut duduk di situ dengan tapak kaki saya ketukkan ke lantai tanpa henti, memikirkan semua orang memandang saya. Saya nampak beberapa orang kulit putih lain di situ, tetapi saya tak mahu mengambil risiko untuk bercakap dengan sesiapa.
Kemudian, seruan azan bermula dan semua orang mula berbuka puasa. Saya makan sebiji kurma sama macam orang lain (BTW rasanya sedap) dan makanan yang ada hanya buah. Mulanya saya rasa kecewa, ini sajakah makanannya? Kemudian semua orang beredar ke dewan solat. Saya mula panik kerana tak sangka bahagian solat ini akan bermula lebih awal. Saya ikut semua orang masuk ke dewan dan saya ikut saja apa yang dibuat oleh semua orang, didahului oleh seorang ketua (imam).
Kemudian, apabila solat selesai, acara yang merupakan sebab sebenar saya datang ke situ pun bermula. Makanan sebenar dikeluarkan dan semua orang berbaris. Makanan itu sangat etnik tetapi sangat lazat. Saya duduk dan berbual kecil dengan beberapa orang tanpa kelihatan mencurigakan. Saya juga sangat suka dengan orang yang berbual dengan saya, merekacool. Saya tinggalkan masjid dan tiada siapa pedulikan saya kerana semua orang beredar selepas makan, jadi saya kelihatan seperti mereka juga.
Saya lakukan ini selama dua minggu Ramadan dan ulang saja apa yang saya lakukan pada hari pertama. Saya fikir kawan-kawan Muslim saya tiada yang datang ke masjid ini, jadi saya selamat, sehinggalah dua hari lepas…untuk sebab tertentu seorang kawan Muslim saya terlihat saya dan mula ajak saya berbual. Saya sangat gementar dan menyangka penyamaran saya telah terbongkar.
Saya beritahu dia bahawa “saya sedang mengenali agama Islam etc…”. Jadi sewaktu saya sedang makan ayam saya pandang ke wajah kawan saya yang dikenali ramai itu sekali-sekali sambil tertanya-tanya sama ada penyamaran saya terbongkar.
Esoknya saya tidak lagi datang ke masjid itu dan berhasrat memberitahu rakan Muslim saya perkara sebenar. Saya hantar mesej kepadanya tentang tujuan sebenar saya ke sana dan dia jawab “saya tahu.”. Saya terkejut dan tanya bagaimana dia tahu. Rupanya, dia berbual dengan ramai orang di masjid itu dan disebabkan saya berbual dengannya, orang lain bertanya siapa saya, dan mereka semua memberitahu mereka tahu saya bukan seorang Muslim. Ada yang fikir saya mahu makanan percuma dan ada yang fikir saya gelandangan tetapi mereka tak pernah berkata apa-apa.
Saya rasa macam mahu menangis kerana saya tahu kini bahawa saya bersolat bersama mereka sedangkan mereka tahu saya cuma menyamar. Sepanjang masa saya di situ, saya makan dan berbual dengan mereka sambil memakai topeng. Saya sangat sukakan aspek komuniti di situ.
Kini saya faham mengapa orang Islam sangat sukakan bulan Ramadan. Tetapi, sekarang saya tahu mereka tahu jadi saya mungkin tidak akan jejakkan kaki lagi ke situ.
Nota tambahan: para pengkomen beragama Islam di Reddit menggalakkan dia untuk terus makan di masjid itu walaupun dia bukan seorang Muslim, kerana semangat Ramadan ialah untuk umat Islam ‘berkongsi’. Dia memberitahu dia mungkin akan datang semula untuk makan di masjid dengan galakan mereka.
Sumber: Reddit
loading...

0 Response to "Kisah Pelajar Mat Salleh Miskin Menyamar Muslim Untuk Makan Percuma Di Bulan Ramadan"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close