Di PERLI Kerana Belajar Di Universiti Tempatan. Namun Apa Yang Berlaku Buat Makciknya MALU !!!

loading...
Di PERLI Kerana Belajar Di Universiti Tempatan. Namun Apa Yang Berlaku Buat Makciknya MALU !!! | Salam, Dalam dunia ni kita memang takkan terlepas dari perlian orang. Dalam kes aku, perlian tu adalah dari makcik aku sendiri. Ya, orang yang boleh dikatakan darah daging sendiri, tapi tak putus beri perlian dan bersifat berat sebelah.
UPM_Convoi2610_620_413_100
Kisah ni bermula 5 tahun lepas sewaktu aku masih menuntut di UIA tercinta.
Aku ada ramai sepupu. Dan kami sangat rapat macam adik beradik. Dan kami semua rapat dengan sorang makcik kami ni. Tapi sejak sepupu2 aku study di oversea ni, makcik aku ni banyak lebih kan sepupu2 aku. Di fb dia selalu tanya kabar sepupu2 aku. Tapi langsung tak pernah bertanya kabar pada aku. Gambar2 sepupu aku di oversea, semua dia komen dan like. Berbual macam2,tanya camna kat oversea, ok ke tak, study elok2 dan sebagai nya. Tapi langsung tak endah kan aku.
Masa hari raya dulu, kami satu keluarga besar berkumpul, aku tengok makcik2 aku tengah berbual dengan sepupu2 oversea aku. Aku pun nak join la. Pastu ape makcik aku cakap? “eh eh, ni orang2 yang study oversea je berbual, shuh shuh”. Aku tak tau die bergurau ke ape, even kalau bergurau pun, sakit hati kan? Aku pun terus masuk bilik, buka laptop, tengok movie sorang2. Dalam hati fikir, loser sangat ke aku study malaysia je. Hina sangat ke?
Dan ada masa ketika dulu, aku dan sepupu2 aku berbual, dia bercerita lah yang susah study oversea. Dia nak mengadu je. Aku pun dengar la. Lepas tu aku pun cakap, “Sama la kita. Kat UIA pun susah jugak.Macam2 hal. “Pastu tiba2 pulak makcik aku tu menyampuk, “Awak study UIA JE, bukan oversea pun. Takkan la susah cam oversea tu. ” Memang sentap sangat bila dia cakap camtu. Padahal dia dulu pun bukan ada education. Tapi nak berlagak lebih pahal! (Emo plak).
Dan dugaan pada aku belum lagi habis apabila aku terpaksa extend satu sem sebab cocu. Dan sepupu2 aku dah grad dan balik malaysia. Semua Alhamdulillah graduan engineering dengan result yang cemerlang. Im proud of u guys! Dan macam biasa lah waktu raya, makcik aku nak meyakitkan hati aku lagi. “Eh awak tak grad lagi? Kazen2 awak yg oversea semua dah grad, awak bila lagi? Susah sangat ke UIA tu? Awak course ict JE kan?”. Maka kesakitan di hati ni, bertambah bertingket2.
Tapi aku tahu, Allah maha adil. Allah suruh aku bersabar, dan percayakan plan dia. Aku pun study elok2, study rajin2, walau pun grad dgn result yang sederhana, aku berjaya juga lah tamatkan pengajian aku di UIA.
Ke hadapan makcik ku,
Saya dah berjaya grad, dan selepas sebulan saya grad, saya sekarang adalah seorang software engineer di salah satu giant tech company di Malaysia dengan gaji permulaan sebanyak RM3200 sebulan. Dan selepas beberapa bulan kerja, saya berjaya beli kereta baru dan bakal beli rumah. Saya tengok anak2 buah oversea makcik tu still tak keje lagi. Ada pape lagi yang makcik nak perli saya? Tak? GOOD. – Mystery Man Kredit:- IIUM Confession
loading...

0 Response to "Di PERLI Kerana Belajar Di Universiti Tempatan. Namun Apa Yang Berlaku Buat Makciknya MALU !!!"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close