loading...
Wanita Tabah Ini Berkongsi Rahsia Bagaimana Mengatasi Keperitan Hidupnya Yang Dahulu Sehingga Mengubah Hidupnya Kini..!! - THROWBACK KE 20 TAHUN DAHULU AMAT PERIT KEHIDUPANYA
Benarlah k
ata pepatah, kesusahan dan kesulitan masa lalu menjadi kekuatan luar biasa kepada seseorang untuk bangkit, dan itulah yang dilalui pengasas Dnars Skincare, Faziani Rohban Ahmad, 37. Ikuti kisah perjalanan hidup beliau yang pernah beberapa kali tersungkur, namun demi kehidupan yang lebih baik sehingga berada pada tahap hari ini, terlalu banyak yang dikorbankan.
ata pepatah, kesusahan dan kesulitan masa lalu menjadi kekuatan luar biasa kepada seseorang untuk bangkit, dan itulah yang dilalui pengasas Dnars Skincare, Faziani Rohban Ahmad, 37. Ikuti kisah perjalanan hidup beliau yang pernah beberapa kali tersungkur, namun demi kehidupan yang lebih baik sehingga berada pada tahap hari ini, terlalu banyak yang dikorbankan.
‘Minat yang begitu mendalam terhadap dunia perniagaan mendorong saya untuk bertahan dan membuktikan kepada dunia bahawa saya bukan melakukan kerja sia- sia sebaliknya apa yang dilakukan pasti membuahkan hasil selagi mana ada keikhlasan, kejujuran dan kecekalan. Saya merupakan anak ketiga daripada tujuh beradik dan dibesarkan dalam sebuah keluarga yang serba kekurangan tetapi cukup harmoni.
Abah hanya bekerja sendiri dengan pendapatan tidak menentu, manakala ibu seorang surirumah sepenuh masa. Masa remaja saya banyak dihabiskan untuk membantu abah di kedai makan,biarlah saya reda kerana itu pilihan yang saya ada, walaupun jauh di sudut hati tersemat keinginan membuak- buak untuk bergaul dan menghabiskan masa dengan rakan seusia lain.
Namun, kerana kesempitan hidup, kami diajar agar lebih menghargai masa dan tidak menghabiskannya dengan perkara yang tidak berfaedah. Kerana itu jugalah sebahagian masa remaja saya habiskan di sekolah, rumah dan kedai makan abah.
Dari situ saya mula belajar bagaimana untuk berniaga dan abah adalah idola, abah kuat semangat, mungkin dalam fikirannya dia perlu bekerja kuat untuk membesarkan kami tujuh beradik sehingga merantau ke mana sahaja yang menyediakan peluang pekerjaan untuknya. Walaupun kehidupan kami tidak mewah, tetapi hubungan kekeluargaan antara adik beradik begitu erat sehingga kini, ibarat cubit paha kanan paha kiri turut terasa.
Begitulah kehidupan yang saya lalu, sehinggalah tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya habiskan masa membantu abah di kedai makannya sehingga keputusan diumumkan. Alhamdulillah, keputusan diperoleh membanggakan, saya dapat tawaran jadi jururawat di Terengganu, namun terpaksa saya tolak kerana tidak meminati bidang berkenaan. Ketika itu, arwah abah dan umi begitu kecewa dengan keputusan saya kerana mereka begitu berharap agar saya bekerja di sektor awam, namun saya tolak mentah- mentah atas alasan tidak pernah memohon.
Saya memang suka melaram walaupun terpaksa mengikat perut kerana duit yang ada hanya untuk perkara- perkara penting sahaja, tapi saya usaha untuk dapatkannya dan beli ikut kemampuan. Dan kerana minat terhadap dunia kecantikan dan perniagaan sanggup saya ketepikan kerjaya lain biarpun menjanjikan pendapatan lebih baik. Saya pernah bekerja sebagai kerani, dalam masa sama belajar berniaga dengan menjual kain, kosmetik, tudung, cadar, baju dan pelbagai barangan lain.
Seawal usia 20 tahun saya berkahwin dan bekerja di Kuala Lumpur sambil berniaga kerana minat itu tidak pernah luntur, malah sentiasa subur, ketika itulah saya kumpul modal untuk buka kedai kosmetik.
Sekitar 2003, saya kembali ke Kelantan dan tumpukan perhatian kepada perniagaan sepenuh masa dari rumah kerana belum ada keberanian untuk memiliki premis sendiri tambahan pula ketika itu modal tambahan yang ada juga tidak mencukupi.
Saya lakukan perniagaan kecil- kecilan dengan memasarkan pelbagai barangan wanita dari rumah ke rumah dan sasaran ketika itu kawan- kawan serta saudara mara.
Setahun kemudian, diberi rezeki membuka D’ Anggun (salon) di Kota Bharu yang menyediakan rawatan muka dan memasarkan pelbagai jenis produk kecantikan, dan kerana minat yang mendalam, saya mula beri tumpuan terhadap perniagaan berkenaan. Walaupun belum mempunyai produk sendiri, namun saya aktif sebagai
jurucakap produk di radio dan kepercayaan yang diberikan pelbagai pihak membolehkan saya menimba lebih banyak pengalaman dalam bidang
kecantikan.
jurucakap produk di radio dan kepercayaan yang diberikan pelbagai pihak membolehkan saya menimba lebih banyak pengalaman dalam bidang
kecantikan.
Dalam setiap kemanisan, ada pahitnya, pada 2006 kedai yang diusahakan hampir dua tahun itu dipecah masuk dan saya hilang semua barangan didalamnya termasuk kosmetik, kerugian dianggarkan kira-kira RM150, 000, habis semua modal.
Tidak habis di situ, ujian untuk diri ini, bagaikan jatuh ditimpa tangga, sekali lagi saya diuji apabila rumah tangga yang dibina tidak dapat dipertahankan lagi, bergelar ibu tunggal kepada tiga cahaya mata termasuk paling kecil berusia dua bulan ketika itu begitu menguji kesabaran. Begitu perit kehidupan yang perlu dilalui, walau apapun, kehidupan perlu diteruskan, saya perlu bangkit, demi masa depan bersama anak- anak yang masih kecil.
Berbekalkan kejujuran, kerajinan, keikhlasan dan restu ibu bapa saya mengorak langkah seterusnya. Kata- kata arwah abah sentiasa saya genggam erat…’Jangan sedih bila berlaku sesuatu dalam hidup kita kerana Allah menguji manusia untuk beri yang lebih baik dan abah yakin anak perempuan abah boleh berjaya lebih dari hari ini, sebab abah tahu anak perempuannya seorang yang cekal, abah juga pesan, jangan putus asa yang penting kuat semangat’..kata- kata itu saya pegang hingga saat ini.
Terima kasih abah. Dalam pada itu, pada tahun 2006 hingga 2009, pelbagai perniagaan saya jalankan, termasuk menjalankan bersama rakan kongsi, namun semuanya tidak berjaya, lebih mendukacitakan dalam masa sama turut dilempar dengan pelbagai fitnah dari orang- orang yang pernah dipercayai. Tapi, saya tak putus asa, tak sedih kerana yakin dipihak benar dan tidak buat apa- apa kesalahan, sebaliknya dizalimi, Allah akan bantu orang- orang macam saya.
Kehidupan begitu sukar saya lalu, pernah ada RM2 sahaja dalam beg duit, mana nak bagi belanja sekolah anak, minyak kereta yang.kekeringan juga perlu diisi, perbelanjaan makan dan minum juga harus difikirkan. Saya pernah pernah pandu kereta tanpa cukai jalan selama dua tahun sebab tidak ada duit untuk bayar. Duit yang ada terpaksa saya guna untuk perkara lebih penting, walaupun pahit, segala-galanya saya telan sendiri, tak mahu pinjam duit orang, sebaliknya hanya berserah pada Allah.
Selain Allah sebagai tempat mengadu, saya turut mendapat kekuatan dari buku- buku motivasi dan salah satunya Don’t Be Sad yang selalu saya bawa ke mana- mana sebagai pembakar semangat. Pada 2009, saya bermula dengan episode baru apabila berjaya menghasilkan produk sendiri iaitu Sabun Badan Dnars. Menjaja dari satu kedai ke kedai lain di seluruh negara, ketika itu ramai yang belum dapat menerima, produk baru, biasalah, belum dikenali malah ada yang tak pernah tahu pun sebab tidak ada iklan- iklan yang mempromosikannya.
Anak- anak saya tinggalkan pada keluarga demi mencari sesuap nasi, alhamdulillah adik beradik memahami dan sentiasa percaya bahawa setiap langkah saya adalah untuk mengejar cita- cita dan mencari rezeki bagi membesarkan tiga ‘amanah’ Allah yang dipertanggungjawabkan kepada saya. Saya selalu berkhayal ingin menjadi orang kaya dan berjaya hingga ada yang mengatakan saya gila dan berangan- angan bagaikan Mat Jenin, tapi hati saya sentiasa yakin bahawa Dnars akan dikenali suatu hari nanti. Dan saat itu, jika saya kaya, saya nak bantu semua orang susah, nak bawa keluarga pergi Mekah, dan beli rumah besar, semua angan- angan itu hampir tercapai hari ini, alhamdulillah kerana Allah telah memakbulkan permintaan saya dan merealisasikan angan- angan tersebut. Anak sulong saya, hasil perkahwinan sebelum ini, Mohd Aqbar Hakim, 17, begitu memahami suka duka perjalanan hidup saya sejak dari dulu hingga kini. Setiap kali hari ibu, dia akan memberi ucapan yang pasti menyentuh naluri saya sebagai seorang ibu, selain mengimbau kenangan ketika kami dalam episod sukar suatu ketika dulu.
Ucapan Hari Ibu tahun ini cukup- cukup syahdu bagi diri saya..
“Mummy ingat tak masa kita susah dulu, abang nak ke sekolah pun takde duit belanja, sekarang abang bangga dengan mummy”…duhai anak…mummy tak pernah lupa walau sedetik pun kesulitan yang kita pernah kita tempoh selama ini. Sememangnya tidak mudah untuk saya berada pada tahap ini, suatu ketika dulu, saya sanggupkan tebalkan muka untuk mengagihkan brochure di shopping complex, menjaja dan terus menjaja sehingga 2011 barulah adapermintaan.
Waktu itu, jika orang beli 10 tongkol sabun sahaja pun sudah cukup menggembirakan bagaikan ada yang ingin beli 100 tongkol. Sanggup tebalkan muka agih brochure di shopping complex demi untuk memperkenalkan produk kepada masyarakat. Saya tidak kisah apa orang kata, kerana keutamaan saya lebih dari apa yang diperkatakan masyarakat, saya ada anak- anak yang perlu diberi makan dan ditampung perbelanjaan harian mereka.
Walaupun masih merangkak, tetapi permintaan semakin tinggi dan alhamdulillah dapat bertahan sehingga hari ni sehingga melayakkan Dnars berada dalam senarai jenama kosmetik teratas di Malaysia. Kehidupan saya terus bersinar, alhamdulillah, pada 2011 saya bertemu jodoh dengan rakan lama ketika di bangku sekolah, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 39, dia di bidang oil and gas.
Tahun berkenaan juga saya mulakan perniagaan skincare dan setahun kemudian produk mula dikenali serta mendapat tempat di pasaran.
Saya minta suami berhenti kerja untuk bersama- sama menguruskan perniagaan dijalankan, dalam masa sama turut menjalankan perniagaan dalam bidang oil and gas. Dari situ, rezeki kami suami isteri dan lapan anak kami (tiga dari perkahwinan dulu, empat anak suami dari perkahwinan sebelumnya dan seorang anak kami berdua).
Saya minta suami berhenti kerja untuk bersama- sama menguruskan perniagaan dijalankan, dalam masa sama turut menjalankan perniagaan dalam bidang oil and gas. Dari situ, rezeki kami suami isteri dan lapan anak kami (tiga dari perkahwinan dulu, empat anak suami dari perkahwinan sebelumnya dan seorang anak kami berdua).
Walaupun kehidupan saya kini lebih selesa, tapi saya tetap Faziani Rohban Ahmad, masih sama seperti dulu, tidak pernah berubah, cuma mungkin masa yang membataskan pergerakan saya. Saya juga tidak pernah membenci apatah lagi untuk bermusuh dengan mereka yang pernah menghina memfitnah mahupun menjatuhkan saya suatu ketika dahulu, kerana yakin inilah hikmah di sebalik kesabaran selama ini.
Kereta lama (Naza Citra) masih saya simpan sampai sekarang, terlalu banyak sumbangannya kepada kami anak beranak. Terlalu banyak kenangan kami bersama kereta itu kerana ia menjadi saksi kejayaaan saya hari ini, ia masih saya pandu hingga kini walaupun tidak sekerap dahulu.
Orang anggap saya begitu kaya apabila mampu menaja pelbagai rancangan dan anugerah berprestij di televisyen dengan jumlah tajaan jutaan ringgit, tapi hakikatnya itulah adat berniaga, di mana iklan dan promosi memainkan peranan penting dalam menaikkan dan mengekalkan sesuatu jenama…sekadar pesanan kepada usahawan baru.
loading...
0 Response to "KENAL DENGAN WANITA INI Wanita Tabah Ini Berkongsi Rahsia Bagaimana Mengatasi Keperitan Hidupnya Yang Dahulu Sehingga Mengubah Hidupnya Kini..!! -"
Post a Comment