Sahur Yang MENGERIKAN. Sekeluarga PANIK Bila TERSEREMPAK Tetamu Tak Diundang !!

loading...
Sahur Yang MENGERIKAN. Sekeluarga PANIK Bila TERSEREMPAK Tetamu Tak Diundang !!! | TELUK INTAN – Sebuah keluarga gempar ketika bangun sahur selepas mendapati seekor ular tedung hitam melingkar di dalam mangkuk tandas rumah mereka.
toil
Mohd Sahidi Saad, 38, dari Kampung Sungai Kerang berkata, ketika kejadian dia baru sahaja selesai bersahur dan menuju ke tandas di rumahnya.
“Apabila saya masuk, saya melihat satu objek hitam berkilat sebesar lengan kanak-kanak di dalam mangkuk tandas dan ia bergerak.
“Selepas diamati saya mendapati ia adalah seekor ular tedung hitam dan terus memaklumkan kepada ahli keluarga supaya tidak ke tandas,” katanya kepada Sinar Harian.
 image
Mohd Sahidi kemudiannya menelefon Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Hilir Perak bagi mendapatkan bantuan menangkap ular berkenaan.
“Sementara menunggu JPAM sampai saya tidak membenarkan anak-anak masuk ke dalam tandas dan mereka ke sekolah tanpa mandi.
“Ini merupakan kali pertama kami sekeluarga mengalami kejadian ular masuk ke dalam rumah dan saya percaya ia datang dari saluran pembetungan,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Hilir Perak, Mohd Fazly Mohamad Zawawi berkata, setibanya anggota JPAM ke rumah mangsa, mereka mendapati ular berkenaan berada di dalam lubang mangkuk tandas.
“Apabila anggota saya menghulurkan pengepit, ular berkenaan bertindak mematuk batang pengepit tersebut dan menunjukkan sifat agresif.
“Tetapi dengan kepantasan anggota saya mereka berjaya menggunakan sebuah lagi penyepit bagi menangkap ular tedung tersebut dan dibawa keluar dari lubang tandas,” katanya. Sumber:- SinarHarian

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Mayat Pendaki Terkenal Ditemui Masih SEMPURNA Sete...
Bangkai MH370 Di Filipina… Inilah JAWAPAN Po...
Sharifah Khasif DICERAIKAN !!! Punca Sebenar Pence...
Inilah 4 Suku GHAIB Di Indonesia Yang Mempunyai Il...
PERTANYAAN PELIK Wanita Ini Telah Buat Mat Maslan ...
Kes Yuyun Yang TRAGIS. Polis Arah 12 Perog0I Lakon...
“Kat Sini 10 Minit Pun Berkira” Lelaki...
Isu Salahguna Duit Anak Yatim.. Ini REPLY DS Jamil...
Kisah VIRAL Anak Menangis Dalam Flight… Ibun...
Isu Pembesar Suara… Ramai Bakal TERPAKU MALU...
Kisah Gadis Hidup Penuh Bahagia Dan Kesenangan, Na...
Ceraikan Isteri Sebab Tak Jaga Agama, Bangun Lamba
loading...

0 Response to "Sahur Yang MENGERIKAN. Sekeluarga PANIK Bila TERSEREMPAK Tetamu Tak Diundang !!"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close