loading...
Sayu, "Hadiah' Sempena Hari bapa, Ayah Ini Kehilangan 3 Anaknya Dalam Sekelip Mata Dalam Serangan Hendap Pengganas Di Syria, Semalam.
Sempatkan ucap al-fatihah untuk mereka, syurga sudah pasti memanti mereka di sana. AMIN.
Video: Syahdu, Hilang 3 Anak Pada Hari Bapa | BeritaHarian.Net
SAMBUTAN Hari Bapa yang disambut pada Ahad minggu ketiga bulan Jun pada saban tahun adalah untuk...
SAMBUTAN Hari Bapa yang disambut pada Ahad minggu ketiga bulan Jun pada saban tahun adalah untuk menghargai jasa dan pengorbanan seorang bapa dalam memberi didikan dan membesarkan anak-anak mereka.
Pada hari istimewa ini, kebanyakan anak-anak meluangkan masa berkualiti menyambut Hari Bapa dengan membawa bapa masing-masing keluar makan di restoran bagi tujuan itu.
Namun, jangan sesekali kita lupa dengan golongan tidak bernasib baik yang tidak dapat menyambutnya.
Video syahdu yang ingin dikongsikan ini menunjukkan seorang lelaki telah ‘dilucutkan’ gelaran bapa gara-gara anaknya maut dalam serangan hendap pengganas di Syria, semalam.
Video di bawah ini menyaksikan pemandangan menyedihkan dan syahdu apabila seorang bapa kehilangan tiga orang anaknya dalam sekelip mata.
Tidak tertahan air mata melihat seorang bapa terpaksa mengharungi kenyataan bahawa anak-anak yang dibesarkannya kini hanya tinggal jasad yang tidak bernyawa di depan matanya. – MYNEWSHUB.CC
loading...
0 Response to "Video: Syahdu, Hilang 3 Anak Pada Hari Bapa | BeritaHarian.Net"
Post a Comment